awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan air di Melaka, ribuan penduduk terjejas

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
15/09/2019
11:41 MYT
Gangguan bekalan air di Melaka, ribuan penduduk terjejas
ADUN Kota Laksama Low Chee Leong (kanan) membantu penduduk Pangsapuri Kota Laksamana Utama Lo Ee Thiam, 68, (dua, kanan) dan isterinya, Gan Kim Yok, 65, mengisi air di dalam tong untuk kegunaan mereka hari ini. - Foto BERNAMA
Ribuan penduduk daerah Melaka Tengah dan Jasin, Melaka naik berang apabila bekalan air ke rumah mereka terputus.
Gangguan air yang dihadapi mereka bukan sehari dua, tetapi sudah masuk hari keenam.
Penduduk di dua daerah itu mengeluh akibat ketiadaan air dan kehidupan mereka, semakin tertekan lebih-lebih lagi apabila Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) didakwa langsung tidak memberi notis awal gangguan bekalan air.
Penduduk menganggap Syarikat Air Melaka mencurangi kesetiaan mereka sebagai pembayar bil air yang patuh dan mendakwa syarikat itu langsung tidak kasihan terhadap penderitaan mereka apabila ketiadaan air.
Mereka mengakui, tanpa notis awal, mereka langsung tidak sempat menadah air untuk kegunaan di dapur dan tandas.
Dalam pada itu, Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dalam kenyataannya berkata, Syarikat Air Melaka kini berusaha mendapatkan bantuan air terutamanya dari Johor.
Selain itu, proses memindahkan air mentah dari Empangan Ayer Keroh, Lombong Kesang Pajak (Jasin), Kolam Tebat Banjir JPS (Durian Tunggal), Loji Air Gadek (Alor Gajah), dan Kolam Takungan Gangsa, (Durian Tunggal) sebagai alternative turut dijalankan.
Beliau turut berjanji bahawa air akan dibawa air akan dibawa menggunakan lori tangki.
Ia melibatkan 16 buah lori tangki syarikat air melaka serta lori tangki tambahan dari Ranhill SAJ (Johor), Syarikat Air Selangor (AIS), dan Lembaga Air Perak (LAP).
Laman web Syarikat Air Melaka memaklumkan gangguan bekalan yang dialami kini berpunca daripada purata hujan yang rendah.
Topic Berkaitan
#gangguan air Melaka
#gangguan bekalan air
#Jasin
#Melaka Tengah
#SAMB
#Syarikat Air Melaka Berhad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan