Gangguan bekalan air tidak berjadual di tujuh wilayah sejak Jumaat lepas akibat pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor, telah pulih sepenuhnya hari ini.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Abdul Halem Mat Som berkata pihaknya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama baik daripada para pengguna kepada semua warga kerja Air Selangor yang bertugas sepanjang misi bantuan dijalankan
"Gunakan air dengan berhemat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Jumaat lepas, tujuh wilayah mengalami gangguan bekalan air iaitu Hulu Selangor, Kuala Selangor, Kuala Lumpur, Gombak, Petaling, Klang/Shah Alam dan Kuala Langat.
Abdul Halem berkata pengguna disaran untuk memuat turun aplikasi telefon pintar 'Air Selangor' di Google Play atau Apps Store untuk info bekalan air.
Pengguna juga boleh merujuk laman Facebook, Twitter dan Instagram Air Selangor atau melayari laman sesawang syarikat itu di www.airselangor.com untuk pertanyaan dan bantuan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 19 2020
Gangguan bekalan air tidak berjadual di tujuh wilayah sejak Jumaat lepas akibat pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor, telah pulih sepenuhnya hari ini. -Gambar fail
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
Gangguan bekalan air di Selangor pulih
Jumaat lepas, tujuh wilayah mengalami gangguan bekalan air iaitu Hulu Selangor, Kuala Selangor, Kuala Lumpur, Gombak, Petaling, Klang/Shah Alam dan Kuala Langat.
Bekalan air di empat kawasan hampir pulih sepenuhnya
Di Petaling menunjukkan tahap 97.3 peratus pulih, Hulu Langat 98.8 peratus, Sepang dan Putrajaya 99.1 peratus, dan di Kuala Langat telah pulih sepenuhnya.
Tawaran air percuma oleh BN Selangor dialu-alukan Syabas
Sebarang usaha untuk menyediakan taraf hidup yang lebih baik kepada rakyat Selangor, termasuk memberikan air percuma amat dialu-alukan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).