awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan elektrik di loji rawatan air utama Selangor, KL Isnin ini

Bernama
Bernama
17/12/2016
10:52 MYT
Gangguan bekalan elektrik di loji rawatan air utama Selangor, KL Isnin ini
Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataan hari ini, menjelaskan kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan setiap tiga tahun itu adalah bagi mengelak sebarang gangguan bekalan elektrik di PMU tersebut pada masa hadapan. - Foto Astro AWANI
Loji rawatan air utama di Selangor dan ibu negara bakal mengalami gangguan bekalan elektrik berikutan kerja-kerja penyelenggaraan di pencawang masuk utama (PMU) di Bukit Badong, Hulu Selangor pada Isnin ini (19 Dis).
Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataan hari ini, menjelaskan kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan setiap tiga tahun itu adalah bagi mengelak sebarang gangguan bekalan elektrik di PMU tersebut pada masa hadapan.
"Selain itu, pemasangan sistem perlindungan arka akan dilaksanakan pada hari yang sama sebagai langkah pencegahan daripada berlakunya sebarang kerosakan atau gangguan bekalan elektrik yang tidak terancang atau secara tiba-tiba.
"Kerja-kerja ini telah dirancang lebih awal oleh TNB dan tarikh ini diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada 31 Okt lalu," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, ia dijangka mengambil masa 16 jam dan terbahagi kepada dua skop kerja iaitu penyelenggaraan berjadual dan pemasangan perlindungan arka yang bertujuan untuk mengurangkan tahap kerosakan peralatan serta meminimumkan masa sistem 'downtime'. - Bernama
Topic Berkaitan
#loji rawatan air
#penyelenggaraan
#Tenaga Nasional Berhad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan