Kerajaan tidak memerlukan kepakaran luar buat masa ini bagi membantu mengenal pasti punca gangguan kesihatan yang membelenggu pelajar sekolah di Pasir Gudang sejak Khamis lepas.
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata sejak hari pertama kejadian, lebih 100 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi berkaitan bertungkus lumus mencari punca kejadian.
"Tidak buat masa ini," katanya kepada pemberita di Menara Aqabah, Majlis Perbandaran Pasir Gudang, di sini hari ini.
Yeo berkata demikian bagi mengulas laporan berita mengenai cadangan supaya kerajaan mendapatkan bantuan asing yang dilaporkan mempunyai kepakaran atau teknologi yang lebih moden bagi membantu mengesan punca gangguan kesihatan di kawasan itu.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri Mohd Khuzzan Abu Bakar, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Datuk Yahaya Madis, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Dr Selahuddeen Abdul Aziz dan Pegawai Daerah Johor Bahru Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir.
Yeo berkata pihaknya akan bertemu dengan wakil industri di kawasan Pasir Gudang petang ini bagi membincangkan perancangan masa depan kawasan itu supaya lebih mampan dan boleh diduduki.
Perbincangan itu, katanya dilihat penting memandangkan kawasan Pasir Gudang merupakan kawasan industri.
"Saya akan berjumpa dengan mereka petang ini. Pihak swasta kena bekerjasama dengan kerajaan dalam memastikan perkembangan kawasan Pasir Gudang mampan. Kita akan membincangkan langkah-langkah yang boleh diambil," katanya.
Menurut Yeo, pihaknya belum mengenal pasti punca kejadian gangguan kesihatan memandangkan ia berbeza dengan kejadian pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang Mac lepas.
Beliau berkata mengambil contoh kejadian semalam, hanya 10 daripada 273 orang yang terjejas dirujuk ke Hospital Sultan Ismail dan apabila diteliti, lokasi pelajar jauh antara satu sama lain.
"Itu sebabnya punca tidak dapat dikenal pasti... tiada hubung kait geografi di sini. Ini sama kes seperti 20 Jun (hari pertama kejadian). Ini tidak sama dengan pencemaran Sungai Kim Kim," katanya.
Beliau berkata pihaknya kini giat mengumpul data terutama bacaan di 85 buah sekolah hari ini selain tujuh sampel darah dan air kencing yang diambil daripada mangsa yang terlibat semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 01 2019
Yeo pada sidang media di Menara Aqabah, Majlis Perbandaran Pasir Gudang hari ini. Turut hadir, Mohd Khuzzan (tengah) dan Yahaya Madis (kanan). --fotoBERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Ketua PBB beri amaran tentang krisis kesihatan mental global
Hampir satu bilion penduduk dunia, termasuk berjuta kanak-kanak dan golongan muda, mengalami gangguan kesihatan mental.
Menara telekomunikasi tidak beri risiko kesihatan kepada masyarakat sekitar
Pembinaan menara telekomunikasi berdekatan kawasan perumahan tidak berupaya membawa risiko kesihatan kepada masyarakat sekitar termasuk golongan warga tua atau kanak-kanak, menurut Suruhanjaya Komunik
Gangguan kesihatan: Tidak perlu kepakaran luar - Yeo
Sejak hari pertama kejadian, lebih 100 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi berkaitan bertungkus-lumus mencari punca kejadian.
Penyelam jalani terapi oksigen hiperbarik
Difahamkan, terapi hiperbarik itu dijalankan selepas anggota penyelam mengadu tentang gangguan kesihatan yang dialami mereka.