Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Gangguan MRT Sungai Buloh-Kajang akibat pengorekan pihak ketiga - TNB

Gangguan MRT Sungai Buloh-Kajang akibat pengorekan pihak ketiga - TNB
Bagaimanapun, bekalan elektrik berjaya disalurkan sepenuhnya pada 1.19 petang, hari ini. - Foto TNB
KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan elektrik yang melibatkan perkhidmatan MRT laluan Sungai Buloh-Kajang semalam (Rabu) adalah berpunca daripada kerja-kerja pengorekan oleh pihak ketiga.

Tenaga Nasional Bhd (TNB) dalam satu kenyataan memaklumkan aktiviti tersebut mengakibatkan kerosakan kabel TNB di antara pencawang masuk utama (PMU) Kajang dan stesen suis utama (SSU) MRT Kajang.

Bagaimanapun, bekalan elektrik berjaya disalurkan sepenuhnya pada 1.19 petang, Rabu.

“Sementara itu, kerja-kerja membaiki kabel yang rosak sedang giat dijalankan.
“Walaupun perkara ini bukan pertama kali berlaku, pihak TNB ingin sekali lagi memohon kerjasama semua pihak yang menjalankan kerja-kerja pengorekan agar merujuk terlebih dahulu kepada TNB bagi mendapatkan maklumat pemetaan dan khidmat nasihat.

“Ini boleh mengurangkan kebarangkalian kejadian seumpamanya berlaku lagi,” demikian menurut kenyataan tersebut, pada Khamis.
Sehubungan itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat berkaitan gangguan bekalan elektrik dengan menghubungi TNB CareLine di talian 15454.


Tag: Kuala Lumpur, TNB, MRT laluan Sungai Buloh-Kajang, Gangguan elektrik, gangguan MRT



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.