awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Intel sahkan grafik Xe3P akan diperkenal melalui siri CPU Nova Lake
Polis sahkan MPV guna siren, lampu biru di MEX untuk urusan rasmi kementerian
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan teknikal di laluan LRT Kelana berpunca daripada penyadungan dalaman elektrik

Bernama
Bernama
07/09/2016
11:43 MYT
Gangguan teknikal di laluan LRT Kelana berpunca daripada penyadungan dalaman elektrik
Awal pagi ini, beribu-ribu penumpang terkandas di beberapa stesen akibat masalah yang dialami sistem isyarat dan komunikasi. - Gambar Astro AWANI
Gangguan teknikal kuasa elektrik yang berlaku di landasan LRT Kelana Jaya pagi ini berpunca daripada penyadungan dalaman, kata Tenaga Nasional Berhad (TNB).
"Bekalan kuasa elektrik oleh TNB bagi landasan itu berada dalam keadaan baik. Diharap, penjelasan ini dapat menghapuskan segala salah faham yang mungkin timbul tentang gangguan bekalan kuasa itu," kata TNB dalam kenyataan hari ini.
Awal pagi ini, beribu-ribu penumpang terkandas di beberapa stesen akibat masalah yang dialami sistem isyarat dan komunikasi, yang melambatkan perjalanan tren LRT di antara stesen Ampang Park dan Dang Wangi.
Ketua Pegawai Operasi LRT Kelana Jaya Ismail Abdullah berkata masalah itu memaksa RapidKL "menutup kuasa pada landasan" di beberapa stesen di pusat bandar raya untuk menangani keadaan yang berlaku pada kira-kira 7 pagi itu.
"Tren di laluan Kelana Jaya berulang alik di antara stesen Putra Heights dan Dang Wangi serta antara Gombak dan Ampang Park.
"Bas digunakan untuk mengangkut pengguna yang memerlukan perkhidmatan alternatif dari stesen LRT Sri Rampai ke pusat bandar raya antara KLCC dan pusat bandar raya, kata Ismail dalam kenyataan kepada Bernama awal hari ini.
Perkhidmatan tren kembali seperti biasa bagi stesen arah utara dan selatan pada kira-kira 1.15 tengah hari.
Topic Berkaitan
#Ampang Park
#Gombak
#Kelana Jaya
#LRT
#Tenaga Nasional Berhad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan