Seorang lelaki maut selepas jaket yang dipakainya tersangkut pada rantai motosikal yang ditunggang bapanya dalam kemalangan di Kilometer 14.8 Lebuhraya BKE, Pulau Pinang .

Dalam kejadian sekitar jam 3.00 petang Khamis itu, mangsa Teh Chin Tatt, 35 tahun dari Bagan Jermal, Butterworth meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala manakala bapanya Teh Bah Chee berusia 69 tahun cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Roz Azhan Nik Abd Hamid memaklumkan, mangsa yang membonceng bersama bapanya dalam perjalanan menuju ke Butterworth.

Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi, tiba- tiba jaket yang dipakai mangsa tersangkut pada spoket belakang menyebabkan motosikal ditunggang bapanya hilang kawalan dan terbabas.

Mangsa terjatuh jatuh dan meninggal dunia ditempat kejadian.

Kedua- dua mangsa yang meninggal dan cedera dibawa ke Hospital Seberang Jaya, untuk bedah siasat dan untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ )1987.