Susulan pendedahan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berhubung terdapat komplot monopoli tender oleh kontraktor pembinaan, Guild of Bumiputra Contractors Wibawa (GBC Wibawa) menyambut baik tindakan berani suruhanjaya itu.
Menurut Pengerusinya, Datuk Ir Md Nasir Ibrahim, tindakan yang diambil oleh MyCC sedikit sebanyak mengurangkan kerunsingan dan keresahan dalam kalangan kontraktor Bumiputera berhubung kegatan kartel tender kerajaan.
Beliau berkata, semua pihak perlu memainkan peranan dalam melaporkan kegiatan tidak bertanggungjawab itu kepada pihak berkuasa.
“GBC Wibawa sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam membanteras kegiatan ini dan menyeru agar pemain-pemain industri pembinaan untuk bersedia menyalurkan maklumat kepada pihak kerajaan melalui Kementerian Kewangan dan agensi-agensi seperti CIDB, BPKU, SPRM dan MyCC untuk diambil tindakan." katanya dalam kenyataan media yang diedarkan pada Isnin.
Sehubungan itu, GBC Wibawa berharap tiada pihak mengambil kesempatan terhadap mana-mana sistem pemberian tender kerajaan yang telah diguna pakai terutama sistem "cut-off".
Malah setiap persatuan juga, diingatkan beliau agar tidak menggunakan ahli bagi kepentingan segelintir pihak yang memegang jawatan.
Fareez Azman
Mon Aug 26 2019
Md Nasir Ibrahim menyambut baik pendedahan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berhubung terdapat komplot monopoli tender oleh kontraktor pembinaan.
Sidang Belia Wilayah Persekutuan medan anak muda bentuk, tambah baik dasar negeri
Pentas terbuka dan inklusif untuk belia dari setiap parlimen di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan membahaskan usul berkaitan dasar-dasar Wilayah Persekutuan.
Malaysia disasar sebagai 'rakan' dalam rangkaian bekalan mineral kritikal - Howard
Malaysia disasarkan sebagai 'rakan' dalam rangkaian bekalan mineral kritikal oleh Amerika Syarikat (AS) dan negara kumpulan G7, kata Ahli Parlimen Ipoh Timor Howard Lee.
Lebih 98 peratus projek pembuatan dilulus pada 2023 dilaksana, dalam perancangan - Tengku Zafrul
Lebih 98 peratus daripada keseluruhan projek pembuatan yang diluluskan pada 2023, telah dilaksanakan atau dalam perancangan setakat 5 Mei, 2024.
Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini - JPN
Isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.
Jemaah menteri wakil satu kampung: Perlu perincian agar pelaksanaan berkesan - Nancy
Seruan Anwar yang meminta Jemaah Menteri dan ketua-ketua jabatan mewakili sebuah kampung agar masalah disalurkan secara terus kepada platform yang tepat merupakan inisiatif baik.
AWANI 7:45 [07/05/2024] - Buru dalang simbah asid | Pokok tumbang ragut nyawa | JDT lawan Selangor | 110 kontena Malaysia ke Gaza
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
- Serangan asid, Faisal Halim kritikal, seorang lagi suspek direman
- Pokok gergasi tumbang, seorang maut, seorang parah
- JDT lawan Selangor, Piala Sumbangsih tetap berjalan, polis beri amaran elak provokasi
- Misi bantuan kecemasan, PM dijangka ke sempadan Rafah bulan depan
- Serangan asid, Faisal Halim kritikal, seorang lagi suspek direman
- Pokok gergasi tumbang, seorang maut, seorang parah
- JDT lawan Selangor, Piala Sumbangsih tetap berjalan, polis beri amaran elak provokasi
- Misi bantuan kecemasan, PM dijangka ke sempadan Rafah bulan depan
AWANI Ringkas: Polis kesan pemilik akaun timbul kebencian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula - Ahmad Zahid
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula bagi meningkatkan daya tahan serta mengukuhkan kesiapsiagaan dan keupayaan negara dalam menguruskan bencana dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Bayi maut, jangkitan kuman di rumah pengasuh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mercun, bunga api bernilai RM854,000 dirampas
Polis merampas 427 kotak mengandungi pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM854,000 dalam satu serbuan di sebuah gudang di kawasan perindustrian Taman Scientex Senai di Kulai, Ahad lepas.
GBC Wibawa sambut baik tindakan MyCC bongkar kegiatan kartel tender kontraktor pembinaan
GBC Wibawa sambut baik tindakan MyCC bongkar kegiatan kartel tender kontraktor pembinaan
'Kubur' senjata api Rusia dibongkar di Kelantan
Angkatan Tentera Malaysia ATM berjaya membongkar satu kubur senjata api jenis AK-47 jenama Rusia hanya 500 meter sempadan Thailand.