Seorang gelandangan berusia 38 tahun dijatuhi hukuman penjara 232 tahun dan 110 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah kerana merogol anak kandungnya berusia 16 tahun.
Hakim Datin M. Kunasundari menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah atas 11 pertuduhan rogol dan satu pertuduhan melakukan seks oral terhadap anak perempuannya itu antara 27 Ogos hingga 7 Sept tahun ini, yang akan dijalankan dari tarikh dia ditangkap pada 19 Sept lepas.
Bagaimanapun, lelaki itu hanya akan menjalani hukuman penjara 80 tahun kerana sebahagian daripada hukuman itu diarahkan berjalan serentak.
Kesemua pertuduhan dibahagikan kepada empat fail berasingan yang mana tiga fail pertama mengandungi masing-masing tiga pertuduhan rogol yang dilakukan antara 27 dan 29 Ogos; 30 Ogos dan 2 Sept serta dari 3 hingga 5 Sept.
Fail keempat pula mempunyai dua pertuduhan rogol dan satu pertuduhan seks oral yang dilakukan antara 28 Ogos dan 7 Sept.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Lorong Haji Taib di sini.
Kunasundari menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan ke atas lelaki itu bagi setiap kesalahan rogol dalam tiga fail pertama, iaitu berjumlah 180 tahun penjara dan 90 sebatan atas sembilan pertuduhan rogol.
Bagaimanapun, hakim memerintahkan hukuman penjara bagi pertuduhan di setiap fail berjalan serentak, menjadikan hanya 20 tahun penjara bagi tiga pertuduhan rogol yang bermakna tertuduh hanya hanya perlu menjalani hukuman 60 tahun penjara bagi sembilan pertuduhan dalam tiga fail tersebut.
Untuk tiga lagi pertuduhan dalam fail keempat, Kunasundari menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan bagi setiap kesalahan merogol dan 12 tahun penjara kerana melakukan seks oral, juga dijalankan serentak.
Bagi pertuduhan di bawah fail itu, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 52 tahun, tetapi diperintahkan untuk menjalani hukuman itu serentak, menjadikan tertuduh hanya perlu menjalani hukuman 20 tahun penjara untuk tiga pertuduhan.
Secara keseluruhannya, tertuduh akan menjalani hukuman penjara 80 tahun dan 110 sebatan.
Tuduhan merogol dibuat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum 30 tahun penjara dan sebat tidak kurang daripada 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan melakukan seks oral, lelaki itu dituduh di bawah Seksyen 377(C) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
Kunasundari dalam penghakimannya berkata kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius dan keji.
"Tertuduh diamanahkan sebagai bapa yang sepatutnya menjadi pelindung dan pembimbing kepada mangsa tetapi menjadi pemusnah terhadap masa depan mangsa. Mahkamah tidak dapat membayangkan trauma yang dihadapi mangsa.
"Mahkamah tidak dapat memaafkan kesalahan tertuduh dan berharap perkara yang dilakukan tertuduh tidak dilakukan oleh mana-mana bapa di dunia ini," katanya.
Tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah memberikan hukuman penjara dan sebat yang ringan kerana dia telah insaf dan menyesal dengan perbuatan yang dilakukan dan berjanji untuk menjadi orang yang baik.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi yang mengendalikan kes itu memohon hukuman yang berat kerana kejadian berlaku setiap hari sejak anak kandungnya datang ke Kuala Lumpur.
"Mangsa datang ke Kuala Lumpur untuk menyambung pengajian tapi cita-citanya hancur disebabkan perbuatan tertuduh," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 30 2016
Seorang gelandangan berusia 38 tahun dijatuhi hukuman penjara 232 tahun dan 110 sebatan selepas bersalah kerana merogol anak kandung. - Gambar hiasan
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
NSC2024 fokus kesiapsiagaan negara hadapi IR 4.0
NSC 2024 memberi penekanan kepada elemen daya cipta dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kerancakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
Ramadan: Program PKNS bersama gelandangan pupuk persaudaraan
Program itu bertujuan memupuk semangat persaudaraan dan kepedulian masyarakat.
TTG atasi isu gelandangan di Bintulu siap tahun depan
TTG Bintulu itu satu daripada pusat bagi membantu gelandangan yang diwujudkan di bandar-bandar utama di Sarawak.
Perit bergelandangan, komposer Ross Ariffin rindu lagu diputarkan
Komposer Ross Ariffin akui rindu untuk kembali ke zaman kegemilangan itu selepas hampir empat tahun hidup sebagai gelandangan.
Gelandangan terperangkap dalam longkang diselamatkan bomba
Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa.
73 maut termasuk tujuh kanak-kanak dalam kebakaran bangunan tinggal di Johannesburg
Bangunan itu adalah bangunan yang telah ditinggalkan tetapi masih diduduki golongan gelandangan.
Sekurang-kurangnya 63 maut dalam kebakaran bangunan di Johannesburg
Mulaudzi berkata angka kematian mungkin meningkat kerana usaha mencari mangsa masih diteruskan.
Gelandangan ditemui mati dalam longkang
Hasil pemeriksaan fizikal pada tubuh mangsa, mendapati tiada sebarang kecederaan yang berunsur jenayah.
'Mahalnya' harga kemiskinan
Status isi rumah di Malaysia diukur menerusi pendapatan dan dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu B40, M40 dan T20.
Pulau Pinang tingkatkan pendayaupayaan golongan gelandangan
Pulau Pinang berhasrat meningkatkan pendayaupayaan golongan gelandangan melalui latihan kemahiran.
'Saya malas, boleh tidur di mana-mana saja'
Warga emas yang ingin dikenali sebagai Samad, 66, berasal dari Pasir Mas itu mengakui tidak minat untuk bekerja atau mendapatkan tempat tinggal.