awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gelandangan ditempatkan di pusat khusus sepanjang PKP - Annuar Musa

Bernama
Bernama
24/03/2020
11:15 MYT
Gelandangan ditempatkan di pusat khusus sepanjang PKP - Annuar Musa
Annuar berkata, mereka ditempatkan di Pusat Transit Gelandangan, Jalan Pahang dan Anjung Singgah. - Bernama
Gelandangan di sekitar ibu kota akan ditempatkan di tempat-tempat khusus bagi mengelakkan mereka daripada merayau sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, mereka akan ditempatkan di Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang yang boleh menampung sehingga 150 orang dan Anjung Singgah sehingga 70 orang untuk jangka masa pendek ini.
"Saya telah meminta MAWIP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) menyediakan sebanyak 100 bantal dan tilam baharu di Anjung Singgah kepada warga gelandangan untuk duduk satu tempat, jangan merayau, dan kita akan hantar makanan tiga kali sehari sepanjang tempoh PKP.
"Kami telah menentukan sebanyak sembilan tapak untuk para NGO (badan bukan kerajaan) dan persatuan sebagai tempat penyerahan bantuan makanan dengan dibantu oleh anggota Rela, penguat kuasa DBKL serta Jabatan Kebajikan Masyarakat.
"Kami tidak galakkan mereka (NGO) pergi sendiri kerana bimbang tidak mengamalkan jarak sosial," katanya menerusi video siaran langsung di Facebook, pada Selasa.
Sementara itu, Annuar berkata, pihaknya telah memindahkan 806 orang jemaah tabligh yang berada di Masjid Jamek Sri Petaling untuk ditempatkan di pusat-pusat kuaratin sekitar ibu kota secara berperingkat sejak semalam.
"Ia diputuskan oleh Nadma (Agensi Pengurusan Bencana Negara) dan Kementerian Kesihatan Malaysia kerana jemaah tabligh yang dijangkiti wabak COVID-19 semakin meningkat, termasuk yang sedang berada di masjid itu.
"Kami telah memindahkan mereka yang sihat ke dua pusat kuarantin iaitu di Institut Sosial Malaysia (ISM) dan Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan diberi kemudahan sepanjang tempoh kuarantin mereka," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#DBKL
#gelandangan
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#koronavirus
#NGO
#Tan Sri Annuar Musa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan