Tutup

Gemersik alunan Siti Nurhaliza buat peserta Kongres Maruah Melayu sayu, titiskan air mata

Gemersik alunan Siti Nurhaliza buat peserta Kongres Maruah Melayu sayu, titiskan air mata
Nyanyian secara akustik Siti Nurhaliza mengiringi langkah Dr Mahathir dan isteri masuk ke stadium sehingga menaiki pentas utama. - Astro AWANI
SHAH ALAM: Kehadiran penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri tumpuan ribuan hadirin yang hadir pada Kongres Maruah Melayu yang berlangsung di Stadium Malawati di sini.

Beliau yang memakai baju kurung serba jingga hadir ditemani suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Saat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melangkah masuk ke dalam stadium, para hadirin terus dipukau dengan kelunakan suara Siti Nurhaliza yang menyanyikan lagu Warisan (Anak Kecil Main Api).

Nyanyian secara akustik itu mengiringi langkah Dr Mahathir yang ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dari pintu masuk sehingga ke pentas utama.



Selain Dr Mahathir, turut hadir adalah para pemimpin politik kerajaan dan pembangkang serta NGO seperti Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa; Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Terdahulu, kongres dimulakan dengan ucapan Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling selaku Ketua Eksekutif Sekretariat Kongres Maruah Melayu.