MALAYSIA
Gempa bumi bermagnitud 5.2 melanda Ranau
Satu gempa bumi bermagnitud 5.2 pada skala Richter direkodkan berlaku di kedalaman 5 Kilometer (km) di daerah Ranau sebentar tadi.
Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah Azemi Daud berkata, gempa bumi itu berlaku pada jam 9.06 malam.
"Kita merekodkan gempa bumi bermagnitud 5.2 sebentar tadi di kawasan Ranau Sabah. Bagaimanapun tiada ancaman tsunami direkodkan setakat ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI sebentar tadi.
Terdahulu dalam insiden itu, beberapa daerah termasuk Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran dan Papar turut terasa gegaran berkenaan di antara lima hingga tujuh saat.

Gempa bumi bermagnitud 5.2 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Ranau. - Foto Astro AWANI/Nasrul Shazli
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan kejadian itu dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku setakat ini, namun pemantauan rapat giat dijalankan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami