awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengurusan tanah rumah ibadat di bawah bidang kuasa kerajaan negeri - Aaron
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
PokéPark Kanto buka tirai di Tokyo, Pokémon ‘hidup’ dalam dunia sebenar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi lemah landa Ranau

Astro Awani
Astro Awani
15/01/2019
08:55 MYT
Gempa bumi lemah landa Ranau
Pihak bomba tidak menerima sebarang panggilan kecemasan manakala Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) memaklumkan keadaan di kawasan pendakian juga terkawal.
Gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter melanda Kundasang, Ranau pada jam 2.15 petang Selasa.
Menurut laman web Jabatan Meteorologi Malaysia pusat gempa itu terletak di 6.0 utara dan 116.6 timur kira-kira 11 kilometer barat laut Ranau.
"Gegaran pada kedalaman satu kilometer," menurut laman web: www.met.gov.my.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Jimmy Lagung ketika dihubungi Bernama berkata gegaran itu hanya dirasai di kawasan Gunung Kinabalu.
Beliau berkata pihak bomba tidak menerima sebarang panggilan kecemasan manakala Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) memaklumkan keadaan di kawasan pendakian juga terkawal.
Jimmy berkata ia merupakan gegaran pertama direkodkan pada tahun ini selepas kejadian gempa bumi yang melanda daerah itu pada 2015.
"Seramai enam orang anggota MOSAR akan bertugas sehingga malam sebelum digantikan anggota lain untuk memantau keadaan," katanya.
Topic Berkaitan
#bomba
#gempa bumi
#Gunung Kinabalu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan