Skip to main content

Malaysia

Gempa bumi lemah melanda kawasan Gunung Kinabalu

71435104027_GunungKinabalu.jpg
Advertisement
Satu gempa bumi lemah berukuran 4.0 pada skala Richter telah berlaku di Ranau, Sabah pada jam 9.39 pagi tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, selain Ranau, gegaran turut dirasai di Tuaran, Kota Kinabalu dan Penampang.

Berdasarkan maklumat jabatan itu juga, gempa tersebut berlaku di 16km barat laut Ranau.

Must Watch Video

Advertisement