Gempa bumi sederhana landa Laut Banda

Gempa bumi sederhana landa Laut Banda
Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter dikesan di Laut Banda pada 4.10 pagi Sabtu.
KUALA LUMPUR: Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter dikesan di Laut Banda pada 4.10 pagi Sabtu.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan pagi tadi berkata gempa dengan kedalaman 137 kilometer (km) itu dilaporkan pada koordinat 6.0 selatan dan 130.9 timur pada jarak 391km tenggara dari Ambon, Indonesia.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu lagi.