Rakyat Malaysia diminta menangguhkan perjalanan ke Calayan di Cagayan, Filipina susulan gempa yang melanda kawasan itu pada Khamis.

Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera atau terkesan secara langsung akibat gempa berukuran 5.5 pada skala Richter yang melanda kawasan Calayan itu semalam.

"Rakyat Malaysia yang melawat atau tinggal di kawasan tersebut dinasihat untuk sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan semasa serta laporan cuaca tempatan."

Rakyat Malaysia juga dinasihatkan untuk mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

Wisma Putra berkata rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular dinasihatkan untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Manila atau Konsulat Jeneral Malaysia di Davao, Mindanao.