awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa Lombok: Kementerian Luar sahkan kematian seorang rakyat Malaysia

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
29/07/2018
06:41 MYT
Gempa Lombok: Kementerian Luar sahkan kematian seorang rakyat Malaysia
Enam rakyat Malaysia turut cedera dalam gempa berkekuatan pada 6.4 skala richter di Lombok, Indonesia.
Kementerian Luar Negeri hari ini mengesahkan kematian seorang rakyat Malaysia yang merupakan antara sepuluh terkorban dalam kejadian gempa bumi di Lombok, Indonesia pagi tadi.
Enam rakyat Malaysia turut cedera dalam gempa berkekuatan pada 6.4 skala richter itu.
Dalam satu kenyataan, kementerian itu memaklumkan setakat ini, kira-kira 40 orang dilaporkan mengalami kecederaan.
"Kesemua mangsa berada di kaki Gunung Rinjani ketika kejadian berlaku. Pihak berkuasa tempatan telah menghubungi kedutaan dan proses memberikan bantuan kepada mangsa sedang giat dijalankan. Pihak kedutaan juga telah menghubungi waris mangsa berhubung kejadian ini," kata kenyataan itu.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta juga telah berhubung dengan pelajar Malaysia di Bali bagi memastikan keselamatan mereka.
Justeru, rakyat Malaysia diminta bertenang dan mengikuti perkembangan terkini.
Rakyat Malaysia yang berada di Lombok diminta menghubungi Kedutaan melalui email [email protected]/[email protected] atau di talian +62215224947 dan +6281380813036 (whatsapp).
Topic Berkaitan
#Bali
#cedera
#gempa bumi
#Indonesia
#Jakarta
#Kementerian Luar
#keselamatan
#Malaysia
#mangsa
#pelajar
#rakyat
#rakyat Malaysia
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan