Rakyat Malaysia yang sedang merancang percutian ke Lombok, Indonesia dinasihatkan untuk menangguh rancangan mereka buat seketika ekoran kejadian gempa bumi yang melanda wilayah itu awal pagi Ahad.
Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya berkata rakyat Malaysia yang kini berada di Lombok pula diminta untuk terus berhubung dengan pihak berkuasa Indonesia bagi mengetahui perkembangan lanjut keadaan di sana.
"Buat masa ini kami belum dapat laporan yang jelas dan masih menunggu perkembangan terkini dari Wisma Putra malah pihak Kedutaan Besar Malaysia di sana sedang mengenal pasti berapa ramai lagi warga Malaysia yang berada di Lombok," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Rakan Muda Masjid Al-Mubarak Permatang Bogak.
Beliau berkata berikutan keadaan di Lombok yang agak tegang ketika ini, proses membawa pulang mayat akan dilakukan apabila selesainya semua urusan seperti mengenal pasti identiti dan beberapa perkara lain yang berkaitan.
"Kami akan memaklumkan kepada umum secepat mungkin jika terdapatnya sebarang perkembangan di sana dan berharap semuanya berjalan lancar," katanya.
Seorang rakyat Malaysia Siti Nur Ismawida, 30, terkorban dalam kejadian gempa bumi itu bersama 17 warga Malaysia lain yang menyertai program untuk mendaki gunung berapi Rinjani.
Mangsa terkorban akibat ditimpa runtuhan tembok bangunan manakala enam lagi dilaporkan cedera.
Gempa bumi kuat itu menggoncang wilayah Nusa Tenggara Barat dan Lombok menyebabkan penduduk kawasan itu dilaporkan bertempiaran meninggalkan kediaman dan bangunan.
Menurut kenyataan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG) gempa bumi berukuran 6.4 skala Ritcher terjadi pada 5.47 pagi itu berpusat 28 km barat laut Lombok timur dengan kedalaman gempa sekitar 10 km, hingga menyebabkan kerosakan bangunan dan struktur di kawasan yang terlibat iaitu Kapubaten Lombok timur dan Kabupatan Lombok utara.
Gunung berapi Rinjani dengan ketinggian 3,726 meter terletak di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat adalah destinasi popular pelancong dan pendaki.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 29 2018
Keadaan kejiranan sebuah kampung yang rosak teruk akibat gempa bumi yang melanda Lombok. - Haziq Wafiy
35 laluan bas Rapid KL terlibat penyelarasan operasi bermula hari ini
Sebanyak 35 laluan atau 13 peratus daripada keseluruhan 264 laluan bas Rapid KL di Lembah Klang termasuk bas perantara Laluan Transit Aliran Massa (MRT) terlibat dalam penyelarasan operasi.
AWANI Ringkas: Kes Bunuh | Korporat | Net Zero 2050
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Beli Kondo Mewah | Komoditi | UNESCO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
AWANI 7:45 [29/03/2024] – Malaysia ada undang-undang | Sindiket seludup membabitkan Kastam | Pegawai polis lindungi kegiatan haram
Ketua Polis Negara beri amaran jangan ambil tindakan sendiri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Guru wanita cabul pelajar direhatkan - Fadhlina
Guru wanita yang didakwa mencabul seorang pelajar lelaki dalam kes tular baru-baru ini, direhatkan sehingga siasatan kes itu selesai.
Umat Islam perlu pertahan tradisi ilmu, akliah Al-Azhar - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa umat Islam di negara ini untuk terus pertahankan tradisi ilmu serta akliah, yang dihidupkan oleh Universiti Al-Azhar (Al-Azhar), Mesir.
Haji furada: Syarikat pelancongan diperintah bayar RM634,000 kepada 25 bekas pelanggan
Kesemua 25 individu selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutan terhadap syarikat itu yang dinamakan sebagai defendan dalam saman berkenaan.
Kerajaan Pahang pertimbang bonus raya penjawat awam - MB
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pihaknya sedang meneliti kedudukan kewangan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dimuktamad.
P. Pinang pantau rapi kapasiti Empangan Air Itam
PBAPP mengambil langkah awal sejak Februari, dengan melaksanakan Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 (AIDAP 2024) menerusi beberapa strategi.
Ribuan tapak sulaiman terdampar di pantai, amaran bencana alam
Haiwan akuatik itu dikesan terdampar antara Margate Winter Gardens dan Lido di Pantai Margate pada Isnin.
ASEAN alami 28 bencana minggu lepas - Pusat AHA
Kemas kini Pusat AHA mendedahkan bahawa banjir di Indonesia menjejaskan 128,000 individu, 35,000 rumah dan 45 sekolah.
Banjir di Rio de Janeiro ragut 11 nyawa
Sekurang-kurangnya 11 orang maut akibat banjir yang dicetuskan oleh hujan lebat di Rio de Janeiro, Brazil, lapor Sputnik memetik media tempatan pada Isnin.
Ribuan ikan terdampar di pantai, penduduk bimbang bencana alam
Beberapa penduduk tempatan memberitahu wartawan bahawa ikan yang berjaya ditangkap mencecah beberapa tan.
BigBen JKR diarah beroperasi dari 8 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari - Nanta
Operasi membabitkan seluruh staf Cawangan Senggara Fasiliti Jalan JKR dengan empat pelaporan situasi semasa setiap hari.
Pasca letusan Gunung Berapi Semeru cetuskan banjir lahar sejuk
Gegaran banjir lahar sejuk itu berlaku pada 25 Disember dari 12 malam hingga 6 petang waktu tempatan.
Penduduk sifatkan banjir di Bukit Tinggi terburuk dalam tempoh dua tahun
Pertama kali berlaku banjir pada tahun lepas, manakala kejadian kedua pada tahun ini dan kali ini yang ketiga.
Ribut pasir, debu semakin kerap berlaku di seluruh dunia - PBB
Ribut pasir dan debu mengetengahkan cabaran yang besar dalam usaha untuk mencapai pembangunan mampan.
ASEAN alami 27 bencana sepanjang minggu lepas - Pusat AHA
Rantau ASEAN mengalami 27 bencana sepanjang minggu lepas yang memberi kesan kepada Indonesia, Filipina, Malaysia dan Vietnam, menurut laporan mingguan terkini Pusat AHA.
Tiga maut siklon Hamoon badai Bangladesh
Tiga orang maut selepas siklon Hamoon membadai Teluk Benggala pada Selasa, manakala kira-kira 270,000 penduduk dipindahkan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).