Kerajaan negeri Sabah mengisytiharkan Isnin sebagai hari berkabung ekoran gempa bumi yang melanda Negeri di Bawah Bayu itu semalam.

Menurut laporan Bernama, pasukan mencari dan menyelamat telah menjumpai 11 mayat di kawasan Gunung Kinabalu hari ini, menjadikan 13 jumlah keseluruhan mangsa yang terkorban setakat ini.

Ia susulan dua mayat dibawa keluar dari kawasan pergunungan itu malam tadi.

Usaha sedang dilakukan untuk menjejaki enam lagi individu yang masih hilang di kawasan pergunungan itu.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan 2015 turut dibatalkan sebagai tanda simpati kepada semua yang terlibat di dalam bencana ini.

Beliau berkata semua jabatan dan agensi dikehendaki menurunkan bendera Sabah separuh tiang sebagai menghormati semua mangsa yang terkorban.

BACA: Aktiviti mendaki Gunung Kinabalu ditutup selama 3 minggu

BACA: Segala usaha dilakukan untuk selamatkan mangsa terlibat gempa - Najib

BACA: 9 lagi mayat ditemui di Gunung Kinabalu

FOTO: Gempa bumi Ranau

VIDEO: Rakaman amatur gempa bumi di Ranau, Sabah

BACA: Gempa bumi di Ranau catat rekod gegaran terkuat sejak 1976

BACA: Penduduk Ranau dinasihatkan berwaspada terhadap gegaran susulan

BACA: Gempa 6.0 magnitud landa Ranau, Sabah