awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa Sabah: Penduduk Ranau dinasihatkan berwaspada terhadap gegaran susulan

Astro Awani
Astro Awani
05/06/2015
03:27 MYT
Gempa Sabah: Penduduk Ranau dinasihatkan berwaspada terhadap gegaran susulan
Keadaan salah sebuah bank di Ranau selepas gempa bumi berukuran 6.0 magnitud berlaku selama satu hingga dua saat - Gambar Bernama
Jabatan Meteorologi Malaysia nasihatkan penduduk Ranau, di Sabah waspada terhadap gempa susulan dalam masa 24 jam.
Bandar Ranau digegarkan gempa bumi berukuran 6.0 magnitud melanda bandar tersebut pada kira-kira jam 7.15 pagi Jumaat.
Ini kerana Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan berkemungkinan berlakunya gempa susulan di kawasan berkenaan.
Pengarah Pusat Gempa dan Tsunami (Met Malaysia), Dr Wan Azli Wan Hassan berkata pihaknya kini terus memantau dari masa ke semasa berhubung kemungkinan yang bakal berlaku.
Met Malaysia sebelum ini memaklumkan bahawa gegaran awal pada jam 7:15 pagi tadi dirasai selama satu hingga dua saat di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Ranau, Tambun, Pedalaman, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.
Bernama melaporkan, tinjauan di sekitar bandar Tawau agak berbeza. Daerah ini menyaksikan aktiviti harian masyarakat berjalan seperti biasa.
Orang ramai yang ditemui berkata tidak merasai gegaran gempa bumi yang berlaku di Ranau, terletak kira-kira 441 kilometer dari pusat bandar Tawau.
BACA: Gempa 6.0 magnitud landa Ranau, Sabah
BACA: Bagai ada tangan gergasi, yang menggoncang katil
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Mohd Razali Awang Ahmad ketika dihubungi berkata pihaknya tidak menerima sebarang pangilan kecemasan mengenai gempa bumi tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kunak Supt Ad Rashid Abdullah juga berkata setakat ini pihaknya tiada menerima apa-apa laporan mengenai sebarang gegaran di daerah itu.
Seorang anggota polis yang bertugas di Semporna, Mohd Yuzed Salleh berkata beliau dan rakan-rakan setugasnya juga tidak merasai sebarang gegaran seperti yang dirasai masyarakat di sekitar daerah Ranau.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Ranau
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan