Gempa Sumatera, Indonesia: Bomba Selangor turut terima panggilan kecemasan

Gempa Sumatera, Indonesia: Bomba Selangor turut terima panggilan kecemasan
Tindakan anggota bomba kini adalah membuat pemantauan ke atas lokasi-lokasi yang terlibat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menerima beberapa panggilan kecemasan daripada orang ramai yang mendakwa beraku gegaran di Petaling Jaya, Shah Alam dan Kajang.

Laporan pertama diterima oleh Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 7, Petaling Jaya yang melaporkan berlakunya gegaran di Flat PKNS.
Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam turut menerima panggilan kecemasan pada jam 9.09 malam membabitkan aduan gegaran di flat Blok A, Seksyen 26, Kampung Baru Hicom.

Selain itu, Balai Bomba dan Penyelamat Kajang turut menerima panggilan kecemasan pada jam 9.16 malam membabitkan aduan gegaran yang dirasai di Tiara Park Home, Taman Bukit Ria, Kajang.

Bagi semua laporan berkenaan, anggota bomba telah dihantar untuk membuat pemantuan di lokasi-lokasi berkenaan.

Tindakan anggota bomba kini adalah membuat pemantauan ke atas lokasi-lokasi yang terlibat.

Perkembangan tersebut dipercayai susulan daripada kejadian gempa bumi dengan kekuatan 7.9 magnitud melanda kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, Indonesia, pada jam 8.49 malam waktu Malaysia.