awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gerakan bantah usul pelaksanaan persempadanan semula pilihan raya - Mah

Bernama
Bernama
24/09/2016
14:26 MYT
Gerakan bantah usul pelaksanaan persempadanan semula pilihan raya - Mah
MAH: Gerakan akan membuat bantahan berkaitan usul persempadanan semula pilihan raya di beberapa kawasan yang disifat boleh menjejaskan parti itu.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan membuat bantahan berkaitan usul persempadanan semula pilihan raya di beberapa kawasan yang disifat boleh menjejaskan parti itu, termasuk di lima kawasan pilihan raya di Selangor.
Presidennya, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata bantahan itu akan diserahkan kepada jawatankuasa yang baru ditubuhkan untuk menyelaraskan cadangan Barisan Nasional (BN) kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya.
"Kawasan yang akan menjejaskan Gerakan dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya itu ialah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, DUN Bukit Gasing, DUN Bukit Lanjan, DUN Kota Alam Shah dan Parlimen Puchong di Selangor.
"Selain lima kawasan Selangor, Gerakan juga akan membuat bantahan di beberapa kawasan lain di seluruh negara," katanya dalam sidang media, di sini pada Sabtu.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN mengumumkan parti itu akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas menyelaraskan cadangan balas BN kepada SPR berkaitan usul persempadanan semula itu. Jawatankuasa itu akan diketuai Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan dianggotai kesemua setiausaha agung parti komponen.
Mah berkata dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi semalam semua parti komponen telah mengemukakan masalah yang dihadapi ekoran persempadanan semula itu.
Gerakan telah mengenal pasti kawasan yang terjejas dan akan mendapatkan sejumlah 100 orang pengundi untuk melakukan bantahan berkenaan, katanya.
SPR melaksanakan kajian semula persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah bermula 15 September lepas.
Syor kajian semula persempadanan itu telah mula dipamerkan bagi tempoh satu bulan bermula 15 Sept hingga 14 Okt ini, untuk tujuan semakan dan bantahan. -Bernama
Topic Berkaitan
#GERAKAN
#Parti Gerakan Rakyat Malaysia
#usul persempadanan semula pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan