awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gerakan umum Wendy jadi calon di Tanjung Piai

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
29/10/2019
04:09 MYT
Gerakan umum Wendy jadi calon di Tanjung Piai
Gerakan mengumumkan Wendy Subramaniam sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Johor, 16 November depan. - Foto Astro AWANI
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mengumumkan Wendy Subramaniam sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Johor, 16 November depan.
Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau berkata, pengumuman itu merupakan pilihan alternatif untuk rakyat selain calon yang dipertaruhkan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).
"Kita nampak kerajaan baharu ini tidak menunaikan janji-janji mereka semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dahulu.
"Atas faktor itu, Gerakan mengambil bahagian di Tanjung Piai. PH selama ini tidak mementingkan faktor ekonomi dan hanya sibuk merebut kuasa sahaja.
"Buktinya, anak-anak Johor juga terpaksa ke Singapura untuk mencari kerja dan mendapatkan gaji tinggi, isu pencemaran Kim-Kim juga tidak selesai selain pelbagai cukai diperkenalkan kerajaan yang membebankan rakyat," katanya.
Dr Dominic berkata demikian semasa berucap pada majlis pengumuman calon Gerakan untuk PRK Tanjung Piai di bangunan PGRM, pada Selasa.
Wendy, 38 tahun merupakan Timbalan Setiausaha Agung Nasional dan Naib Ketua Wanita Nasional Gerakan.
Wendy adalah peguam dan juga akauntan bertauliah.
Ibu Wendy merupakan seorang berbangsa Cina dan bapanya India selain fasih berbahasa Mandarin.
Sebelum ini, Dr Dominic menganggarkan lebih banyak undi diberi kepada calon parti itu pada PRK Tanjung Piai.
Jelasnya, penerimaan rakyat dilihat lebih mudah kerana parti itu berbilang kaum selain masyarakat hari ini sememangnya menuntut kesepaduan kaum dalam negara sejak merdeka lagi.
Pilihan raya kecil Tanjung Piai di Johor akan diadakan pada 16 November manakala hari penamaan calon ditetapkan para 2 November.
PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, pada 21 September lepas, akibat mengalami komplikasi jantung.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#GERAKAN
#Malaysia
#Pakatan Harapan
#PH
#pilihan raya kecil
#pilihan raya umum
#PRK Memilih
#PRK Tanjung Piai
#rakyat Malaysia
#Wendy Subramaniam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan