Tindakan melempar cat merah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab pada bangunan portal berita bebas Malaysiakini di Bangsar Utama pagi Selasa dikecam sekeras-kerasnya oleh pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), Gerakan Media Marah (GERAMM).
Perlakuan tersebut yang turut juga diikuti oleh tindakan mengikat kaki seekor itik yang masih hidup yang dimasukkan ke dalam sebuah kotak di luar pejabat itu dilihat sebagai satu ancaman kepada portal berita tersebut susulan beberapa laporan berkaitan kejadian seumpamanya, yang melibatkan cat merah dan bangkai ayam seperti yang terjadi di pejabat Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Teresa Kok.
Malah dalam kejadian pagi tersebut juga, dua keeping gambar hitam putih Ahli PArlimen Seputeh itu juga telah ditampal pada dinding di luar pejabat Malaysiakini.
Gambar-gambar itu juga diletakkan dalam plastik bersama sejumlah kecil beras dan jarum yang berwarna merah.
GERAMM berkata tindakan melulu ini bukan sahaja menyebabkan kerosakan harta benda tetapi ianya juga merupakan satu bentuk penyeksaan ke atas binatang.
“Lebih khusus dan membimbangkan lagi, ianya merupakan ancaman kepada kebebasan sebuah organisasi dan tindakan ini adalah satu bentuk ancaman kepada pengamal media dan menggambarkan bahawa laporan Malaysiakini sebagai satu bentuk sokongan terhadap sesuatu pihak atau ahli politik secara individu,” kata jurucakap GERAMM dalam satu kenyataan media kepada Astro AWANI.
Malaysiakini memberi liputan kepada semua pihak dalam isu video kontroversi Teresa Kok.
“Liputan diberikan kepada semua bukan sahaja pihak DAP tetapi juga penentang-penentang tindakan ahli parlimen tersebut,”.
GERAMM menggesa semua organisasi media supaya tidak tunduk kepada sebarang bentuk serangan atau ancaman dari mana-mana pihak, selaras dengan lapan tuntutannya sebelum ini.
“Kita berharap pihak berwajib akan segera menyiasat dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. Bukan sahaja siasat serangan di Malaysiakini hari tetapi juga keganasan-keganasan lain terhadap pengamal media,”.
Pada 29 Januari lalu, tiga lelaki bersenjatakan parang dan batang besi telah memecah pejabat sebuah akhbar harian Tamil, Tamil Malar, di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Dalam serangan itu, mereka memecah pintu kaca, meja kaca dan lima buah komputer di tingkat bahagian pengurusan pejabat berkenaan
GERAMM juga terus mendesak, sekali lagi, siasatan rapi terhadap serangan ke atas pengamal-pengamal media sewaktu liputan perhimpunan Bersih 3.0 pada April 2012.
Aizat Sharif
Tue Feb 25 2014
Nahas helikopter Lumut: 'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu'
Mohamad Amirulfaris sangat menjaga kebajikan ibu bapanya dan seorang yang sangat peramah dengan saudara-mara.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.
Nahas helikopter Lumut: Bapa reda pemergian anak 'tulang belakang' keluarga
Bapa kepada Pegawai Memerintah Skuadron 502 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Komander Mohamad Amir Mohamad, 44, menganggap pemergian anaknya itu yang merupakan tulang belakang keluarga, sebagai sat
HDC anjur Forum Kepimpinan Ekonomi Halal 2024 di Riyadh bulan ini
HDC akan menganjurkan HELF untuk meluaskan jejak globalnya, yang dibangunkan melalui pencapaian cemerlang Litar Persidangan Perniagaan Halal Dunia di London tahun lepas.
Galak kanak-kanak baca buku kepelbagaian kaum, agama untuk faham, rai perbezaan - Fahmi
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan budaya membaca terutama buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai usaha melahirkan generasi berpengetahuan.
Nahas helikopter Lumut: Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan
Sivanesan berkata hatinya luluh apabila mengetahui Sivasutan pula disahkan sebagai seorang daripada mangsa yang maut dalam nahas itu.
Nahas helikopter Lumut: Adik mahu kakak dikebumi di Sarawak
Pelajar tingkatan empat itu berkata kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya pada sambutan Hari Gawai tahun lepas.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
Ibu mentua upah gengster simbah cat merah
Kisah mereka menjadi tular di negara Amerika Utara tersebut setelah gaun dipakai pengantin perempuan 'rosak' akibat disimbah cat merah.
Dua lelaki ditahan disyaki terlibat khianat, ugut peminjam wang
Polis menahan dua lelaki semalam dipercayai terlibat dalam kegiatan mengugut peminjam wang untuk menuntut bayaran hutang dengan mengunci pagar rumah dan menyimbah cat merah di daerah ini.
Peminjam culas diupah ah long bakar rumah, simbah cat merah
Mereka yang ditahan terdiri daripada 10 lelaki termasuk seorang lelaki warga Indonesia dan seorang wanita tempatan.
Polis siasat kes masjid diconteng cat merah
Laporan mengenai kejadian itu diterima daripada seorang Ahli Jawatankuasa masjid berusia 60 tahun pada pukul 9.07 pagi, semalam.
Polis tahan dua lelaki simbah cat dan baling bom petrol di Batu Pahat
Polis Pahang terima sembilan laporan polis iaitu lima kes simbah cat merah serta empat kes baling bom petrol yang disyaki didalangi lelaki tempatan berumur 37 dan 40 tahun itu.
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru disimbah cat merah
Anggota Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata terdapat bangkai seekor ayam serta mesej ugutan terhadapnya turut dicampakkan di hadapan pintu berkenaan.
Lawatan Setiausaha Negara AS disambut perarakan tunjuk perasaan
Lebih 5,000 penunjuk perasaan berarak ke kedutaan Amerika di Athens pada Sabtu sebagai protes terhadap lawatan itu.
Peminjam ah long lari, jiran kena tanggung padah
Mangsa Chiang Ghee Siew, 55, mendakwa kira-kira pukul 9 pagi Ahad lepas, dia terkejut apabila mendapati terdapat kesan cat warna merah di pintu pagar hadapan dan dinding rumah serta belakang kereta.
Sembur cat merah pada monyet, pemilik dusun durian dikecam
Sumber mendakwa monyet tersebut ditangkap dan diperlakukan sebegitu disebabkan perlakuannya yang mencuri buah durian di dusun berkenaan.
10 individu ditahan ugut pegawai kanan MPS
Mereka bertindak menyimbah cat merah dan membakar mercun di rumah pengarah terbabit dalam dua kejadian pada 28 April dan 13 Mei lalu.