Langkah kerajaan memperkenalkan geran padanan sehingga RM50 juta bagi platform ekonomi gig akan menggalakkan pekerja menyumbang dari segi caruman untuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata insentif menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, juga memberi jaminan perlindungan jaringan keselamatan sosial pekerja ekonomi gig tersebut.
"Kami khususnya tertarik dengan langkah-langkah membabitkan digitalisasi dan ekonomi gig tersebut. Selain itu, turut diperkenalkan adalah e-dompet RM50 serta e-baucar dan kod promosi yang menggalakkan rakyat Malaysia untuk berbelanja dalam talian," katanya kepada Bernama.
Selain itu, Mohd Afzanizam berkata geran padanan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi tujuan transformasi digital menerusi latihan dan subsidi, juga dapat menggalakkan mereka untuk memanfaatkan platform digital tersebut.
"Bagi ekonomi utama pula, langkah memperkenalkan semula Kempen Pemilikan Rumah dan pengecualian cukai jualan untuk kereta pemasangan tempatan penuh akan dapat memacu sektor hartanah dan automotif," katanya.
Sementara itu Pakar Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Izuan Ahmad menyifatkan pelbagai inisiatif di bawah PENJANA itu membuktikan keazaman kerajaan untuk menyokong dan membantu sektor PKS yang merupakan antara penyumbang utama ekonomi serta pertumbuhan pekerjaan di negara ini.
"Pelbagai langkah PENJANA itu dengan jelas memaparkan aspirasi serta sasaran kerajaan untuk meningkatkan pembabitan PKS bagi melaksanakan pendigitalan sebagai kaedah memajukan perniagaan mereka.
"Selain itu, terdapat pakej pembiayaan berjumlah kira-kira RM5.6 bilion untuk pemain PKS tempatan bagi menyokong operasi perniagaan selain memastikan kapasiti kewangan dan kemampuan mereka mengharungi persekitaran perniagaan yang mencabar," katanya.
Beliau berkata kerajaan juga telah berusaha dalam memastikan pelan pemulihan negara itu dapat digerakkan dengan menyokong usaha sektor PKS selain digitalisasi kebanyakan operasi kerajaan dan perniagaan bagi mempertingkat pertumbuhan ekonomi untuk suku ketiga sehingga pulih sepenuhnya menjelang tahun depan.
Menurutnya, ini bagaimana pun bergantung kepada kejayaan negara membendung penularan virus COVID-19 berkenaan.
"Usaha sokongan terhadap pekerja ekonomi gig itu turut diperuntukkan PENJANA bagi menyemai serta mengekalkan kelangsungan sektor tidak rasmi yang turut menyumbang kepada kesejahteraan ekonomi. Malah ini akan turut menggalakkan lagi budaya perniagaan secara dalam talian," katanya.
Dalam pada itu, Afzanizam juga menyifatkan PENJANA telah menangani kebimbangan dalam pasaran kerja, peralihan kepada kebiasaan baharu membabitkan digitalisasi serta sektor utama ekonomi seperti hartanah dan automotif.
"Ini menunjukkan bahawa kerajaan komited untuk memacu pertumbuhan dan pada masa sama sanggup berdepan peningkatan defisit. Sekiranya pembukaan semula ekonomi berjalan dengan baik, ini dijangka menyaksikan pertumbuhan lebih positif pada separuh kedua tahun ini," katanya.
Di bawah pelan PENJANA itu, perdana menteri telah mengumumkan 40 inisiatif bernilai RM35 bilion dengan sebahagian besar daripada peruntukan itu disasarkan bagi jaminan pekerjaan mereka dalam ekonomi gig, meningkatkan kemahiran serta memudahkan aliran tunai untuk perniagaan.
Ini menerusi memperkenalkan geran padanan sehingga RM50 juta untuk platform ekonomi gig yang membuat caruman pekerja mereka kepada Skim Bencana Pekerjaan PERKESO berjumlah sehingga RM162 dan skim i-Saraan KWSP sehingga RM250 setahun.
Selain itu, peruntukan khas RM25 juta disalurkan kepada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bagi program Global Online Workforce (GLOW) yang membabitkan khidmat untuk pelanggan antarabangsa secara bekerja dalam talian dari rumah.
Dalam usaha menggalakkan perusahaan mikro dan PKS menggunakan perkhidmatan digital, kerajaan berserta sektor swasta akan membiayai geran padanan sebanyak RM140 juta.
Peruntukan tersebut akan digunakan bagi tujuan sesi latihan, subsidi untuk penjual dan bantuan jualan yang mana inisiatif terbabit akan dipacu oleh MDEC berserta platform e-dagang terpilih.
Sejajar sasaran untuk meningkatkan pelaksanaan e-dagang oleh perusahaan mikro dan PKS bagi memperluas jangkauan pasaran masing-masing, kerajaan menerusi kempen e-dagang mikro dan PKS akan memperuntukkan sejumlah RM70 juta bagi usahawan terbabit yang layak.
Ini bagi membolehkan usahawan mikro dan PKS berkenaan melaksanakan digitalisasi perniagaan menerusi program yang dibiayai bersama oleh MDEC dan platform e-dagang.
Kerajaan juga akan bekerjasama dengan platform e-dagang bagi membiayai bersama diskaun baucar digital untuk menggalakkan perbelanjaan produk-produk peruncit tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 05 2020
MOHD AFZANIZAM: Langkah memperkenalkan semula Kempen Pemilikan Rumah dan pengecualian cukai jualan untuk kereta pemasangan tempatan penuh akan dapat memacu sektor hartanah dan automotif. - Gambar fail
Dua lelaki tak mengaku rompak, menyamar polis
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan terhadap seorang lelaki, minggu lalu.
Pembinaan LRT Pulau Pinang tidak melibatkan tanah yang banyak
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Kerajaan Negeri P.Pinang telah kenal pasti jajaran tersebut dan meminimakan pengambilan tanah dan tidak melibatkan bangunan-bangunan yang banyak.
Kemalangan: 45 maut kemalangan bas di Afrika Selatan
Seramai 45 maut dan seorang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan bas berhampiran Mamatlakala di wilayah utara Limpopo, Afrika Selatan, pada Khamis.
'Fast track' Mahkamah Syariah selesai kes cerai dalam masa sehari
Perkhidmatan laluan pantas atau 'fast track' Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan yang diperkenalkan pada 2021 berjaya menyelesaikan kes antaranya cerai dalam masa sehari.
Ops Samba 2.0: Ketirisan akibat penyeludupan di Kargo KLIA cecah RM2 bilion - KP SPRM
Jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo KLIA mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya dibebaskan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu beberapa hari sebelum tarikh akhir pembayaran wang tebusan sebanyak $690,000 dolar.
Pembinaan Projek LRT Laluan Mutiara disasarkan bermula tahun ini
Kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke, pelaksanaan keseluruhan projek dijangka memerlukan tempoh masa lebih kurang enam tahun dan disasarkan beroperasi pada tahun 2030.
Pegawai kanan polis lindungi kegiatan haram tidak bergerak solo - SPRM
Pegawai kanan polis yang ditahan kerana menerima suapan bagi melindungi kegiatan haram di ibu negara baru-baru ini berkemungkinan besar tidak menjalankan aktiviti itu secara solo.
Sumbangan Ahmad Rejal tinggal kesan mendalam dalam dunia kewartawanan negara - Anwar
Anwar menyifatkan sumbangan Allahyarham Datuk Ahmad Rejal Arbee Mohamed Isa Arbee meninggalkan kesan mendalam dalam dunia akhbar dan kewartawanan di Malaysia.
Tiada ‘free lunch’ untuk penambahan tol
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata keputusan untuk tidak menambah tol menjelang sempena Hari Raya Aidilfitri adalah muktamad.
Proton rekod jualan 12,882 unit Jan 2024, permulaan terbaik tahun baharu
Menurut Proton, jumlah jualan yang dicatatkan itu merupakan peningkatan sebanyak 10.3% berbanding bulan Januari tahun lalu.
Elegan dan premium, Honda lancar CR-V serba baharu
CR-V serba baharu menawarkan pilihan khusus untuk memenuhi kehendak dan keperluan pelbagai pelanggan.
Pembangunan AHTV di Tanjung Malim tingkat nilai pelaburan hingga RM40 bilion - MB
Faktor utama peningkatan nilai pelaburan AHTV itu dipengaruhi oleh pemindahan operasi Proton dari Shah Alam ke Tanjung Malim.
Proton buka pusat pengalaman digital automotif pertama di Malaysia
'Proton Digital Xperience' (Proton DX) disasarkan untuk menjadi hab bagi peminat kereta dan teknologi daripada semua peringkat umur.
Proton jual 9,415 kenderaan pada April, naik 6.5 peratus dari tahun ke tahun
Proton merupakan satu-satunya jenama lima teratas yang merekodkan kenaikan jualan pada April.
Proton hantar 1,000 unit ke Afrika Selatan selepas dua bulan kembali ke pasaran
Penjualan pantas di Afrika Selatan membuktikan daya tarikan Proton sebagai jenama untuk pembeli di sana.
Jualan Perodua naik 5.0 peratus pada suku ketiga 2022
Peningkatan jualan dalam suku itu menunjukkan kebanyakan isu utama dalam rantaian bekalan automotif telah pulih.
Automotif: Sejauh mana kita boleh memandu di Malaysia dengan EV?
Here Technologies membangunkan dua peta interaktif bagi memudahkan urusan pengguna berkaitan EV di Malaysia.
Jualan Proton meningkat 41.2 peratus bulan ke bulan pada Mac 2022
Bagi suku pertama berakhir Mac 2022, ia mengalami jualan merosot sebanyak 18.6 peratus kepada 26,706 unit bagi tahun ke tahun.
Jualan Proton melonjak 107 peratus pada Februari 2022
9,225 unit terjual di peringkat domestik dan eksport bulan lepas, sekali gus berada semula di kedudukan kedua dari segi jualan automotif.