Tutup

Gobind ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Mejar Mohd Zahir

Gobind ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Mejar Mohd Zahir
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Mej Mohd Zahir Armaya, yang meninggal dunia ketika melakukan tugasan rasmi di Kem Lok Kawi, Sabah pagi ini.

"Saya rakamkan ucapan takziah kepada keluarga Mej Mohd Zahir Armaya, pegawai komando 11 Rejimen Gerak Khas yang maut di Kota Kinabalu, hari ini.
"Allahyarham adalah anak seniman veteran A.R Badul. Saya berdoa agar keluarga Allahyarham akan sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan ini," katanya menerusi catatan di laman Twitternya.

Allahyarham Mohd Zahir, 36, meninggal dunia selepas dipercayai tertembak sewaktu gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Lok Kawi.
Bertugas di Kem Sungai Udang, Melaka Allahyarham Mohd Zahir meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi tadi di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu selepas dimasukkan ke Unit Kecemasan.

-- BERNAMA

Tag: Gobind Singh Deo, takziah, AR Badul, Mohd Zahir Armaya


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.