awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gojek peluang buat mat motor jana pendapatan - Syed Saddiq

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
19/08/2019
21:02 MYT
Gojek peluang buat mat motor jana pendapatan - Syed Saddiq
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu memastikan mat motor di negara ini diberi peluang untuk dapatkan pekerjaan demi kelangsungan hidup. Foto: Bernama
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu memastikan mat motor di negara ini diberi peluang untuk dapatkan pekerjaan demi kelangsungan hidup.
Jelasnya, menerusi perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai gojek adalah langkah terbaik bagi mat motor jana pendapatan.
“Dalam kehidupan realiti, mat motor mahukan pekerjaan demi kualiti hidup yang lebih baik. Mereka juga mahukan peluang pekerjaan diberikan kepada mereka.
“Saya juga tidak dapat menerima hakikat bahawa perkhidmatan teksi motosikal dibanteras ini kerana ia hanya membunuh industri ini.
“Jika kita lihat perkhidmatan gojek yang dilaksanakan di Indonesia, mereka telah berjaya melahirkan lebih 2 juta peluang pekerjaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Astro AWANI bagi program bual bicara Consider This pada Isnin.
Jelasnya lagi, menerusi mesyuarat yang diadakan bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Pengasas Gojek, Nadiem Makarim idea itu dianggap positif buat anak muda di negara ini.
“Saya telah berbincang bersama Menteri Pengangkutan, dan perkara ini akan dibawa pada mesyuarat kabinet akan datang.
“Pastinya kami mengharapkan keputusan optimum hasil dari mesyuarat itu nanti,” katanya.
View this post on Instagram
Menteri Belia dan Sukan, @syedsaddiq menegaskan dalam usaha kerajaan untuk membantu mat motor, tidak cukup dengan hanya mengadakan program berbentuk one-off. Golongan itu sebaliknya mahukan pembelaan dan pekerjaan demi kelangsungan hidup.
A post shared by AstroAwani (@501awani) on
Aug 19, 2019 at 4:13am PDT
Terdahulu, Syed Saddiq Menerusi kaji selidik yang dimuat naik menerusi akaun Twitter miliknya, mahukan suara anak muda sama ada mereka bersetuju dengan perkhidmatan ojek untuk diperkenalkan di negara ini.
Katanya, perkara itu bagi membantu golongan anak muda yang mempunyai motosikal untuk membuat perniagaan kecil menggunakan mod kenderaan itu.
Anak muda Malaysia, Saya perlukan suara anda. Untuk membantu golongan mat motor, adakah anda bersetuju dengan ekonomi GoJek (2-wheel transport for people/makanan/Smal businesses)? Di Thailand/Singapore, kurang setahun, ratusan ribu peluang pekerjaan baru tercipta. (Pls RT)
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) August 18, 2019
Gojek adalah syarikat rangkaian pengangkutan dan permulaan logistik yang berpusat di Jakarta, Indonesia. Perkhidmatannya boleh digunakan menggunakan aplikasi yang dibangunkan.
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#Gojek
#mat motor
#Menteri Belia dan Sukan
#Menteri Pengangkutan
#motosikal
#Perdana Menteri
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#Tun Dr Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan