awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Golongan guru mampu jadikan Malaysia lebih berjaya

Bernama
Bernama
15/05/2018
21:02 MYT
Golongan guru mampu jadikan Malaysia lebih berjaya
Mohamed Azmin ketika berucap pada Malam Apresiasi Pendidikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, 15 Mei, 2018. --fotoBERNAMA
Golongan pendidik memainkan peranan penting dalam membangunkan Malaysia baharu yang gagah, bermaruah dan berwawasan.
Menegaskan demikian, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau yakin Malaysia mampu muncul setanding negara maju dan mencapai kecemerlangan di peringkat serantau melalui peranan yang turut dimainkan oleh golongan guru.
"Semua kejayaan ini boleh turut dicapai melalui peranan guru dalam melahirkan modal insan berilmu.
"Warga pendidik merupakan ejen perubahan yang amat efektif," katanya ketika berucap pada Malam Apresiasi Pendidikan sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-47.
Majlis berkenaan dihadiri 2,500 hadirin terdiri daripada guru, pegawai pendidikan daerah dan pegawai pendidikan negeri dari seluruh negara.
Tahun ini Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Selangor merupakan tuan rumah bagi sambutan Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei.
Dalam ucapan yang sama, Mohamed Azmin menjelaskan beliau amat memahami cabaran golongan pendidik negara kerana pernah menjadi guru matematik di Maktab Rendah Sains Mara Terendak, Melaka sebelum aktif berpolitik.
Tambah beliau, ini merupakan kali pertama beliau menerima undangan dari Kementerian Pendidikan selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 baru-baru ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ejen perubahan
#guru
#guru matematik
#Hari Guru
#Malaysia
#Malaysia Baharu
#masa depan
#Mohamed Azmin Ali
#pendidik
#pendidikan
#Peranan
#rakyat
#serantau
#wawasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan