awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRK Kinabatangan: 43.23 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari - SPR
Senarai baharu barangan SARA akan dikemas kini sebelum Ramadan
PM Anwar sangkal dakwaan Malaysia beri 5,207 hektar tanah kepada Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Golongan miskin bandar kurang ambil makanan berkhasiat - Penganalisis

Ahmad Khairol Shafizan Johari
Ahmad Khairol Shafizan Johari
25/06/2018
11:21 MYT
Golongan miskin bandar kurang ambil makanan berkhasiat - Penganalisis
Dr Madeline berkata tahap kualiti zat-zat makanan yang disediakan adalah bukan satu keutamaan bagi golongan miskin bandar. -Gambar hiasan
Penyediaan makanan berkhasiat bukan satu keutamaan bagi golongan berpendapatan rendah, terutamanya bagi golongan yang tinggal di kawasan bandar.
Penganalisis ekonomi bebas Dr Madeline Berma berkata walaupun dengan pendapatan yang rendah, kebanyakan keluarga di kawasan bandar masih berupaya menyediakan makanan kepada keluarga,
Begitupun, tahap kualiti zat-zat makanan yang disediakan adalah bukan satu keutamaan bagi golongan berkenaan.
“Selalunya mereka akan mengorbankan pembelian makanan berkhasiat dan menggantikannya dengan makanan yang lebih murah.
"Di situlah mereka akan mengorbankan faktor khasiat makanan itu seperti bijirin, protein, dan buah-buahan,” jelas Dr Madeline kepada Astro AWANI.
Selain itu, golongan miskin bandar juga lebih cenderung membeli makanan berdasarkan kepada harga dan lokasi kedai yang berdekatan dengan kawasan tempat tinggal mereka, memandangkan golongan berkenaan amat mengambil kira faktor kos pengangkutan.
Tambahnya, kecenderungan kanak-kanak terhadap makanan ringan juga turut memburukkan keadaan.
Dr Madeline memberi reaksi terhadap cadangan penubuhan Pelan Hala Tuju Pelan Kebajikan Kanak-Kanak yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga menyandang jawatan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga.
Laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang melibatkan tinjuan terhadap kanak-kanak di projek perumahan rakyat (PPR) sekitar Kuala Lumpur mendapati sekitar 15 peratus kanak-kanak bawah umur lima tahun mengalami masalah kekurangan berat badan.
Sementara itu, sebanyak 22 peratus lagi mengalami tumbesaran terbantut daripada kalangan kanak-kanak di PPR dan ini merupakan dua kali ganda lebih tinggi berbanding kes serupa di seluruh Kuala Lumpur.
BACA: 12 sekeluarga kongsi satu tin sardin dek kemiskinan
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Kanak-kanak
#keluarga
#khasiat
#Kuala Lumpur
#makanan
#Malaysia
#nutrisi
#PPR
#Projek Perumahan Rakyat
#rakyat
#UNICEF
#zat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan