awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Golongan wanita, belia pemacu kemajuan ekonomi ASEAN

Bernama
Bernama
27/01/2018
22:01 MYT
Golongan wanita, belia pemacu kemajuan ekonomi ASEAN
Menurut Forum Ekonomi Dunia (WEF), usaha mempertingkatkan aspek celik digital dapat menarik penyertaan lebih 20 juta wanita dalam ekonomi digital.- Gambar hiasan
Golongan wanita dan belia perlu berperanan sebagai pemacu fasa kemajuan ekonomi ASEAN seterusnya berikutan unjuran peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 10-20 peratus jika wanita terlibat sepenuhnya dalam sektor pekerjaan.
Malah, menurut Forum Ekonomi Dunia (WEF), usaha mempertingkatkan aspek celik digital dapat menarik penyertaan lebih 20 juta wanita dalam ekonomi digital.
"ASEAN boleh menjadi peneraju dunia dari segi memaparkan kelebihan penyepaduan serta pengharmonian. Bagi mencapainya, wanita dan belia perlu menjadi pemacunya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Kenyataan itu dikeluarkan bersempena satu panel perbincangan bertemakan Unjuran Strategik Mengenai ASEAN di Mesyuarat Tahunan WEF 2018 di Davos-Klosters, Switzerland pada 23-26 Januari yang turut disertai oleh Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak.
Menurut WEF, gabungan penduduk seramai 640 juta orang dan KDNK nominal melebihi AS$3 trilion turut menjadikan ASEAN yang dianggotai 10 negara sebagai sumber utama pertumbuhan global.
Malah, apa yang mendatangkan manfaat kepada ASEAN juga turut membawa kebaikan untuk dunia.
"Tahun ini misalnya amat bermakna dari segi politik berikutan pilihan raya yang akan diadakan di Kemboja, Indonesia, Malaysia dan (turut dijangkakan) di Thailand.
"Aspek perniagaan juga dijangka terus dijalankan dengan aman selain kemajuan keselamatan bagi mencapai sistem politik dan perundangan yang lebih mapan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Belia
#ekonomi
#Nazir Razak
#sumbangan
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan