Google Malaysia hari ini memaparkan seni lakaran atau 'doddle' Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari sempena ulang tahun kelahiran ke-61, legenda pemain bola sepak negara itu.
Ini merupakan penghormatan buat bintang bola sepak negara itu yang telah membawa Malaysia ke arena antarabangsa.
Pada sekitar 1970-an, Mokhtar mewakili negara sehingga menjadikan Malaysia kuasa besar bola sepak Asia dengan mengalahkan gergasi bola sepak Asia pada masa itu, Korea Selatan dan Jepun.
Beliau digelar 'SuperMokh' kerana kemahirannya sebagai penyerang, kekuatan dan keupayaannya untuk menjaringkan banyak gol yang luar biasa sepanjang kerjayanya.
Antara detik terkenal buat Mokhtar ialah ketika bersalaman dengan Diego Maradona sebelum perlawanan persahabatan menentang Boca Juniors.
Mokhtar menjaringkan sebanyak 175 gol untuk Selangor, 20 gol dalam 13 penampilan mewakili Kwong Yik Bank dan 125 gol untuk Malaysia, menjadikan jumlah jaringan gol sebanyak 320, sepanjang kerjayan bola sepaknya.
Mokhtar merupakan penjaring terbanyak sepanjang masa untuk Selangor dan Malaysia dan Allahyarham masih dikenang sebagai legenda untuk Selangor dan Malaysia.
Mokhtar meninggal dunia pada 11 Julai 1991 selepas bertarung nyawa dengan penyakit saraf yang jarang didapati, neuron motor selama tiga tahun. Sebuah dokumentari 'The Untold Truth About Supermokh' diterbitkan buat pertama kali dalam 'The National Geographic Channel' pada 30 Ogos 2010.
Bernama
Thu Nov 13 2014
Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari merupakan legenda pemain bola sepak negara.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Google sambut Hari Kebangsaan ke-63 dengan doodle Orang Utan
Google turut berkongsi trivia khas fakta menarik tentang spesies itu, antaranya ialah orang utan sangat gemar akan durian ia juga berkongsi hampir 97 peratus gen dengan homo sapien.
Google Malaysia anjur pertandingan Doodle 4 Google
Google Malaysia menganjurkan kembali pertandingan Doodle 4 Google #d4gmy selepas penganjuran pertamanya pada tahun 2014.
Yasmin hanya diingati, karyanya tidak diteladani
Google Malaysia hari ini meraikan kehidupan dan hasil kerja sutradara terkenal Yasmin Ahmad menerusi Google Doodle di laman utamanya.