awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GPS perjelas kedudukan parti selepas pelantikan PM baharu

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
29/02/2020
12:33 MYT
GPS perjelas kedudukan parti selepas pelantikan PM baharu
Kenyataan GPS itu mengucapkan tahniah kepada Muhyiddin atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri. - Gambar fail
Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah sebuah parti yang mesra dengan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-8.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada Sabtu, turut menyebut sokongan GPS kepada Muhyiddin itu adalah demi kepentingan negara dan menyelamatkan Malaysia daripada kemelut politik yang berlarutan sejak Ahad lalu.
"GPS bagaimanapun bukan ahli komponen Perikatan Nasional sebaliknya hanya sebuah parti yang bersifat mesra kepada gabungan itu," jelas kenyataan itu.
Kenyataan media GPS
Kenyataan media GPS
View this post on Instagram
Gabungan Parti Sarawak (GPS) memperjelaskan kedudukannya sebagai sebuah parti yang mesra dengan Pakatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin [ @muhyiddinyassin ]. #AWANIterkini #MY2020 #Malaysia2020
A post shared by AstroAwani (@501awani) on
Feb 29, 2020 at 4:15am PST
Kenyataan itu turut mengucapkan tahniah kepada Muhyiddin atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri.
Terdahulu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berasingan berkata, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU sebagai Perdana Menteri menggantikan Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Baginda berpandangan Muhyiddin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
Keputusan itu dicapai selepas ketua-ketua parti politik dan Ahli Dewan Rakyat bebas mengemukakan nama calon Perdana Menteri kepada Agong.
LAPOR LANGSUNG: MY2020 Muhyiddin PM-8
Topic Berkaitan
#GPS
#Ketua Menteri
#Muhyiddin Yassin
#presiden
#Sarawak
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan