awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Graduan luar negara pilih jadi petani, tanam betik sekaki

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
20/10/2019
00:22 MYT
Graduan luar negara pilih jadi petani, tanam betik sekaki
Chin Pau Meng nekad menjadi petani sepenuh masa selepas melihat keadaan kebun pisang ayahnya yang musnah diserang penyakit. Astro AWANI
Seorang pemuda memilih kerjaya sebagai petani di kampung halaman biarpun mempunyai kelulusan kejuruteraan dari universiti luar negara.
Graduan Universiti Taiwan, Chin Pau Meng, 31 tahun, mengusahakan tanaman betik sekaki dan sayur-sayuran di kebunnya di Kampung Batu Papan, di sini.
Katanya, dia pada mulanya bekerja selama dua tahun di Taiwan dalam pembuatan tenaga solar selepas menamatkan pengajian selama tiga tahun di universiti tersebut.
Namun, minatnya mula berubah apabila pulang ke kampung halaman selepas melihat keadaan kebun pisang ayahnya, Chin Hon Son, 67 tahun, yang musnah diserang penyakit.
Kejadian itu menyebabkan Pau Meng nekad menjadi petani sepenuh masa apabila mula mengusahakan lebih 500 pokok betik sekaki di atas tanah seluas 0.8 hektar sejak tahun lalu.
Tanaman betik sekaki di kebun Chin Pau Meng. Astro AWANI
Tanaman betik sekaki di kebun Chin Pau Meng. Astro AWANI
Selain itu, dia juga mengusahakan tanaman sayur-sayuran seperti kacang panjang, bendi dan terung di atas tanah seluas 2 hektar.
Kini, usahanya membuahkan hasil apabila selepas lapan bulan dia dapat memungut hasil betik sekaki sehingga 800 kilogram seminggu.
Pau Meng turut memasarkan buah betik sekaki ke Kuala Lumpur.
Chin Pau Meng mengusahakan lebih 500 pokok betik sekaki di atas tanah seluas 0.8 hektar sejak tahun lalu. Astro AWANI
Chin Pau Meng mengusahakan lebih 500 pokok betik sekaki di atas tanah seluas 0.8 hektar sejak tahun lalu. Astro AWANI
Sementara itu, Penolong Pegawai Pertanian, Jabatan Pertanian Gua Musang, Alias Muhammad berkata, tanaman betik sekaki sememangnya berpotensi untuk dikomersialkan dan memberi pulangan lumayan.
Katanya, betik sekaki atau nama saintifiknya Carica Papaya merupakan sejenis varieti betik paling popular di negara ini.
Chin Pau Meng turut memasarkan buah betik sekaki ke Kuala Lumpur. Astro AWANI
Chin Pau Meng turut memasarkan buah betik sekaki ke Kuala Lumpur. Astro AWANI
Topic Berkaitan
#betik
#betik sekaki
#Carica Papaya
#Chin Pau Meng
#graduan
#Gua Musang
#jabatan pertanian
#kejuruteraan
#komersial
#petani
#Taiwan
#tanaman
#Universiti Taiwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan