Graduan memilih pekerjaan dan universiti menawarkan ijazah yang tidak diperlukan industri dikenalpasti antara sebab lebih 600,000 peluang pekerjaan sedia ada dalam pelbagai bidang masih tidak diisi.
Timbalan Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Prof Dr Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin berkata, ia turut disumbang oleh kurangnya sambutan terutama dalam kalangan golongan muda, terhadap lambakan peluang pekerjaaan yang ditawarkan.
"600,000 bukan angka yang sedikit dan saya fikir mungkin bilangan graduan kita tak sampai 100,000. Jadi ada enam kali ganda peluang pekerjaan yang masih tak diisi oleh graduan kita," katanya ketika merasmikan MyCareer@MOE di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Naib Canselor USIM Prof Mohamed Ridza Wahiddin.
Pada Isnin, Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran dipetik sebagai berkata, sehingga Ogos lepas, kekosongan pekerjaan yang didaftarkan majikan bagi kategori siswazah ialah 50,326 jawatan manakala 642,798 kekosongan jawatan untuk kategori bukan siswazah.
BACA: 640,000 pekerjaan tersedia, tetapi tiada yang minat - Kula Segaran
Dr Mohd Cairul Iqbal juga menasihati graduan agar belajar mendengar dan menerima pembelajaran baharu untuk membolehkan mereka memenuhi kehendak industri.
"Antara keluhan yang diperoleh dari industri adalah graduan mempunyai kepakaran dan sijil yang baik dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.0 yang sangat dibanggakan oleh semua... boleh bercakap tetapi mereka tidak mahu mendengar.
"Mereka juga tidak bersedia untuk belajar sedangkan graduan harus kita keluarkan bukan sahaja mempunyai sijil dan boleh bercakap tetapi bersedia untuk belajar sepanjang zaman. Mereka juga perlu dengar dan memahami apa yang disampaikan namun graduan kita masih lagi mempunyai kekurangan dalam aspek itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 05 2019
Mohd Cairul Iqbal (tengah) mendengar penerangan daripada Ketua Jabatan Senibina dan Reka Mawar Teraju Sdn Bhd Mohd Sulhi Mohd Sabri (dua, kanan) ketika mengadakan lawatan ke ruang pameran di USIM, 5 Nov, 2019. --fotoBERNAMA
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Graduan pilih kerja antara punca 600,000 peluang pekerjaan tidak diisi
Ia turut disumbang oleh kurangnya sambutan terutama dalam kalangan golongan muda, terhadap lambakan peluang pekerjaaan yang ditawarkan.
Kisah anak penebar roti canai raih Anugerah Pelajaran Diraja
Siti Madihah turut menerima anugerah terbaik alumni dan fakulti apabila mencapai CGPA 3.8 dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam).
UiTM rombak iCGPA supaya lebih 'mesra pensyarah'
Program iCGPA perlu diteliti semula berikutan terdapat komponen di dalamnya yang boleh memberi penerangan kepada pihak majikan mengenai kemampuan pelajar daripada segi 'soft skill'.
CGPA pelajar bukan lagi berdasarkan pencapaian akademik - Idris
Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) tidak lagi dikira berdasarkan pencapaian akademik semata-mata di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia-Pendidikan Tinggi 2015-2025 (PPPM-PT).