25 wanita warga asing dipercayai pelayan pelanggan, GRO ditahan di dua pusat hiburan di Damansara Perdana Petaling Jaya dalam satu operasi mencegah maksiat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata dalam operasi Ops Noda itu, polis turut berjaya menahan dua penjaga disyaki bertindak sebagai orang tengah atau ‘bapa ayam’ dan seorang pekerja.

Operasi yang bermula jam 9.30 malam itu dilakukan hasil maklumat awam dengan penahanan wanita warga Thailand, Filipina, Vietnam dan Indonesia yang dipercayai menggunakan pas lawatan social untuk masuk ke negara ini.

Kedua-dua premis terbabit didapati memiliki lesen sah, namun menggajikan pekerja asing tanpa permit sah.

Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.