Tutup

GRO 'catwalk' separuh bogel, pusat hiburan di USJ diserbu

GRO 'catwalk' separuh bogel, pusat hiburan di USJ diserbu
Seramai 37 GRO warga Thailand dan Kemboja berjaya dicekup di sebuah premis hiburan di Jalan USJ, Subang Jaya dalam serbuan Ops Noda awal pagi tadi. - Foto Astro AWANI
PETALING JAYA: Sebuah pusat hiburan yang menggunakan taktik pertunjukan ‘catwalk’ oleh wanita warga asing berpakaian separuh bogel sebagai pelaris, akhirnya dibongkar polis.

Seramai 37 wanita pelayan pelanggan (GRO) warga Thailand dan Kemboja berjaya dicekup di sebuah premis hiburan di Jalan USJ, Subang Jaya dalam serbuan Ops Noda awal pagi tadi.

Serbuan pada jam 1.30 pagi Ahad itu lakukan sepasukan polis dari Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor dan di ketuai oleh DSP Azmi Shukor.
Ketika serbuan, rata-rata GRO warga asing terbabit sedang leka melayan pelanggan berhibur.

Namun, mereka bertempiaran lari ke lorong tikus selepas markas itu dikepong polis dan cubaan mereka untuk meloloskan diri gagal.

Turut di tahan ialah tiga pekerja lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki tempatan yang di percayai penjaga premis.
Risikan polis mendapati pusat hiburan tersebut melakukan pertunjukan pentas ala ratu cantik untuk dipersembahkan kepada pelanggan.

Pelanggan dipercayai membida GRO yang disukai mereka dengan memberi mahkota bernilai RM1,000.

Pemeriksaan mendapati kesemua mereka memasuki negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial.

Kesemua yang tahanan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya untuk tindakan lanjut.



Tag: pusat hiburan, catwalk, berpakaian separuh bogel, Kemboja, Jalan USJ, Ops Noda, bahagian D7, GRO warga asing, Thailand


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.