Beberapa wanita dipercayai pelayan pelanggan (GRO) menangis teresak-esak selepas ditangkap dalam satu serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri Perak di sebuah pusat hiburan di sini, awal pagi ini.
Pengarah JIM Perak Kamalludin Ismail berkata ketika pemeriksaan dijalankan wanita warga Vietnam berkenaan merayu agar tidak ditahan.
Dalam operasi melibatkan 20 anggota dan pegawai yang dijalankan bermula pukul 12 tengah malam hingga 2.00 pagi, pihaknya menahan enam warga asing termasuk dua lelaki Vietnam.
"Lokasi ini kali kedua kita serbu tapi atas sebab tertentu kita hanya dapat tahan enam orang sahaja.
"Tapi akan terus lakukan pemantauan dari masa ke masa untuk pastikan tiada kesalahan dilakukan warga asing ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi hari ini.
Mengulas lanjut, Kamalludin berkata pada operasi pertama yang dijalankan kira-kira dua bulan lepas pihaknya berjaya menahan kira-kira 45 warga asing.
"Kalau ikutkan risikan memang ramai warga asing di sini tapi untuk masa hadapan kita akan lakukan risikan lebih kuat untuk pastikan tiada yang terlepas," katanya.
Beliau berkata kesemua yang ditahan akan dibawa ke Pejabat JIM Perak untuk siasatan lanjut mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana salah guna pas lawatan sosial dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tanpa permit sah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 29 2019
Kamalludin berkata ketika pemeriksaan dijalankan wanita warga Vietnam berkenaan merayu agar tidak ditahan. - Gambar fail/Facebook JIM Perak
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
120 pelacur, GRO ditahan di premis hiburan di Kuantan
Seramai 151 individu ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam Ops Khas di 17 premis hiburan di sekitar daerah ini pada malam, Jumaat.
71 PATI termasuk GRO warga asing dicekup di 10 premis
Kesemua mereka ditahan ditahan dalam serbuan di 10 premis di sekitar Ipoh dan Enggor, Kuala Kangsar pada Rabu dan Khamis.
65 individu ditahan menerusi Op Pusat hiburan, Op Noda di Kuantan
Polis menahan 65 individu termasuk 49 warga asing melalui serbuan Op Pusat Hiburan dan Op Noda di dua premis hiburan di Jalan Gambut di sini semalam.
Bukit Aman gempur 4 premis hiburan saji tarian berahi
JSJ Bukit Aman gempur premis hiburan milik warga asing yang disyaki menyajikan tarian berahi bagi menarik perhatian pelanggan.
'Datang rayu tunjuk pasport, dakwa hanya orang gaji'
Semakan mendapati enam ialah warga China, manakala 26 lagi merupakan warga Vietnam.
Guna khidmat 'mummy' warga asing tarik pelanggan
Taktik terbabit dipercayai untuk memudahkan urusan pelanggan yang kebanyakannya turut terdiri daripada warga asing.
Pusat hiburan tawar bilik karaoke cecah harga RM25,000 diserbu
Serbuan berjaya menahan 84 wanita warga asing berusia lingkungan 18 hingga 46 tahun disyaki GRO.
Diberi layanan istimewa bayar tip RM1,000
Wanita yang berpakaian mencolok mata itu akan menggoda pelanggan-pelanggan bagi mendapatkan tip.
17 GRO warga asing ditahan di Melaka
Kesemua warga asing yang ditahan dibawa ke pejabat Imigresen Bahagian Penguatkuasa untuk siasatan lanjut.
9 GRO warga asing diberkas, pusat hiburan tiada lesen
Kesemua individu itu direman selama empat hari bermula Khamis hingga Ahad bagi membantu siasatan.