Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

GRO warga asing dicekup dalam serbuan kelab malam VIP

GRO warga asing dicekup dalam serbuan kelab malam VIP
Mereka yang ditangkap adalah 18 warga Ukraine, 11 dari Rusia, tiga dari Kazakhstan, tiga dari Belarus dan satu dari Jerman, Britain dan Thailand. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sejumlah 38 pelayan pelanggan atau GRO warga asing dicekup polis selepas kelab mewah yang menjadi lubuk haram itu diserbu Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur malam tadi.

Kelab mewah di Jalan Perak di tengah segi tiga emas ibu negara itu baru sahaja beroperasi selama tiga bulan.
Meletakkan harga keahlian berpuluh ribu ringgit sambil dilayani GRO dari pelbagai negara, menjadikan kelab mewah ini sering dikunjungi ahli perniagaan dan korporat.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, mereka yang ditangkap adalah 18 warga Ukraine, 11 dari Rusia, tiga dari Kazakhstan, tiga dari Belarus dan satu dari Jerman, Britain dan Thailand.
Ketika ditahan, lapan pelanggan sedang leka dilayan GRO.

Enam pekerja termasuk penjaga dan DJ ditahan manakala resit dan peralatan audio dirampas.

Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi untuk pemeriksaan lanjut dan dokumentasi.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan, Seksyen 55b Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1959/63.