awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GST: Kerajaan Pahang kaji ikut jejak Johor dan Terengganu - Adnan

Bernama
Bernama
13/05/2015
02:24 MYT
GST: Kerajaan Pahang kaji ikut jejak Johor dan Terengganu - Adnan
ADNAN: Kerajaan Pahang kaji ikut jejak Johor dan Terengganu. -Gambar fail
Kerajaan negeri Pahang sedang mempertimbangkan untuk menyerap dan menanggung Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan oleh pihak berkuasa sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan negeri Johor, dan Terengganu.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, perkara itu akan diputuskan setelah pihaknya mengkaji dengan mendalam hal itu untuk mengelakkan sebarang kesulitan pada masa hadapan.
"Kita tidak mahu reaksi spontan dan hal berkaitan GST ini perlu dikaji secara mendalam sebelum dibuat sebarang keputusan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program Perhimpunan Hari Pekerja Sempena Sambutan 50 tahun Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) di Kompleks Perdagangan Mahkota, Indera Mahkota di sini pada Selasa.
Adnan berkata, beliau memahami keperluan kerajaan dalam mengenakan cukai GST kerana ia memberi banyak faedah terutama dalam memenuhi keperluan rakyat masa kini.
"Cukai itu GST baik untuk rakyat apabila ia diuruskan dengan betul oleh kerajaan, tetapi rakyat perlu diberi penerangan dengan lebih jelas agar mereka faham dan dapat menerimanya," katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa menyokong pelaksanaan GST dan akan membantu Kerajaan Persekutuan dalam usaha memberi penerangan rakyat supaya tidak berlaku 'sindrom penafian' terhadap cukai baharu itu.
Topic Berkaitan
#GST
#Johor
#Pahang
#PKNP
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan