awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama
Perhimpunan bertukar ganas ketika protes Iran merebak ke lebih 100 bandar
JPJ perhebat operasi lebih muatan, periksa 1.2 juta kenderaan pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guan Eng nafi e-Tunai Rakyat tidak dapat sambutan

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
15/01/2020
08:06 MYT
Guan Eng nafi e-Tunai Rakyat tidak dapat sambutan
Lim Guan Eng menafikan laporan sebuah akhbar tempatan bahawa pemberian e-Tunai Rakyat yang bermula hari ini tidak mendapat sambutan yang baik. - Gambar fail
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menafikan laporan sebuah akhbar tempatan bahawa pemberian e-Tunai Rakyat yang bermula hari ini tidak mendapat sambutan yang baik.
Laporan berkenaan disifatkan Guan Eng tidak berasas memandangkan kementeriannya memperoleh kira-kira 200,000 permohonan sejak tengah hari Rabu.
“Laporan yang menyatakan e-Tunai Rakyat tidak mendapat sambutan yang baik daripada rakyat tidak benar.
"Ini kerana kalau kita lihat angka-angka yang ada, setakat tengah hari sudah ada 200,000 ribu permohonan dan 160,000 sudah diluluskan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyerahkan peruntukan menyelenggara dan menaik taraf sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan sekolah pondok berjumlah RM100 juta kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof di Kementerian Kewangan, di sini pada Rabu.
Dalam masa sama, beliau berkata, jumlah permohonan mendapatkan pemberian RM30 melalui e-Tunai Rakyat, yang naik mendadak menyebabkan sistem salurannya tergendala pada awalnya.
“Saya terima laporan Touch 'n Go tadi ada gangguan tetapi sekarang sudah pulih.
“Saya harap syarikat pengendali swasta tersebut memastikan tidak ada masalah teknikal,” ujar beliau.
BACA: 15 juta rakyat Malaysia terima RM30 mulai 15 Januari - Lim Guan Eng
Sehubungan itu, Guan Eng berharap sistem e-Tunai Rakyat akan memanfaatkan rakyat termasuk golongan peniaga.
Kira- kira 15 juta rakyat Malaysia layak menuntut wang RM30 pemberian kerajaan daripada mana-mana tiga pengendali e-wallet terpilih iaitu Touch ‘n Go, Grab dan Boost bermula 8 pagi 15 Januari.
Kerajaan memperuntukkan RM450 juta bagi tujuan itu di bawah pelaksanaan program e-Tunai Rakyat.
Topic Berkaitan
#boost
#e-Tunai Rakyat
#e-wallet
#grab
#Lim Guan Eng
#Menteri Kewangan
#Touch n Go
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan