Tutup

Guna internet dengan percuma sehingga hujung tahun? Ini #khabarbaik daripada unifi!

Guna internet dengan percuma sehingga hujung tahun? Ini #khabarbaik daripada unifi!
Tawaran istimewa ini terbuka kepada pelanggan baru dan sedia ada! - Sumber foto Unifi

MAHU menonton drama atau filem kegemaran namun anda sering berdepan dengan masalah kelajuan internet? Atau anda sudah mula terfikir untuk menukar perkhidmatan jalur lebar kerana caj yang terlalu mahal?

Itu mungkin antara rungutan yang terpaksa dihadapi oleh pelanggan untuk menikmati perkhidmatan memuaskan dan berbaloi dengan langganan mereka.

Ironinya, jika anda menempah tiket penerbangan kelas premium, tetapi menerima layanan seperti berada di kelas ekonomi, ia tidak seronok, bukan?

Jadi, jika anda berada dalam situasi tersebut atau tidak mahu menjadi salah seorang dalam kalangan mereka – maka sudah tiba masanya untuk membuat pilihan yang bijak!

Paling penting, anda tidak perlu pening kepala untuk memikirkan perkhidmatan mana yang berbaloi kerana unifi kini sedang menawarkan #khabarbaik buat kesemua pelanggan.

Anda teruja? Menerusi kempen Pay Nothing, pelanggan baharu dan lama berpeluang menikmati perkhidmatan internet jalur lebar secara PERCUMA sehingga 31 Disember ini.

Wow menarik! Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Gambar - Unifi

Tiada bayaran akan dikenakan ke atas penggunaan perkhidmatan unifi anda sepanjang tempoh tersebut! 

Wow, menarik!

unifi #khabarbaik menawarkan pengecualian yuran langganan bagi pelanggan yang melanggan pelan unifi Home atau unifi Biz terpilih.

Namun, kempen Pay Nothing tidak termasuk pelan unifi Basic 60 gigabyte (GB), unifi Lite, unifi Air, pelan unifi Mobile dan program Smart Partnership.

Untuk menikmati promosi ini, anda hanya perlu mengikat kontrak selama 24 bulan, sementara pelanggan sedia ada pula perlu memperbaharui langganan mereka.

Jangan ragu-ragu dan bimbang mengenai penalti, kerana tiada sebarang bayaran dikenakan walaupun anda masih mengikat kontrak ataupun sudah tamat.

unifi Pay Nothing telah membantu lebih 100,000 rakyat Malaysia dengan mengurangkan kos utiliti jalur lebar sehingga RM400 setiap seorang.

Jadi, tunggu apa lagi? Tepuk dada tanya selera! Ayuh, rebut peluang keemasan ini. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi, layari laman sesawang unifi dan aplikasi myunifi.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi, layari laman sesawang unifi dan aplikasi Myunifi. Gambar - Unifi

Pay Nothing telah membantu lebih 100 ribu rakyat Malaysia dengan kurangkan kos utiliti jalur lebar sehingga RM400 setiap seorang. Gambar - Unifi