Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) akan menggunakan khidmat radio amatur di kawasan yang mengalami gangguan liputan komunikasi ketika banjir melanda.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Jailani Johari berkata pihaknya telah mengadakan kerjasama melalui SKMM dengan beberapa persatuan radio amatur dalam usaha melicinkan perjalanan bantuan bencana dan proses menyelamatkan mangsa banjir.
"Di peringkat kementerian, di bawah agensi kita sendiri, pihak SKMM telah bekerjsama dengan persatuan radio amatur dan mereka akan menjadi penghubung antara kita dan masyarakat sekiranya berlaku banjir, kerana bila berlaku banjir kadangkala ada beberapa kawasan yang mengalami gangguan liputan komunikasi.
"Insya-Allah dengan kerjasama pihak kerajaan melalui SKMM dan radio amatur, ianya akan dapat melicinkan lagi proses menguruskan mangsa banjir," katanya kepada pemberita semasa melawat penduduk yang sakit melarat di Kampung Dusun di sini semalam.
Jailani yang juga Anggota Parlimen Hulu Terengganu berkata pihak SKMM juga telah mengadakan simulasi banjir di peringkat wilayah pantai timur pada September lalu dengan melibatkan beberapa agensi untuk memastikan semua pihak berada dalam keadaaan siap siaga bagi menghadapi banjir.
"Di peringkat Parlimen, kita sedang mengenal pasti golongan muda untuk menjadi sukarelawan ketika banjir. Insya-Allah kita akan libatkan persatuan belia dan pemuda serta Puteri Umno Bahagian Hulu Terengganu untuk membantu penduduk sewaktu banjir.
"Kita juga telah mengadakan perbincangan dengan Pejabat Daerah Hulu Terengganu serta dengan beberapa agensi lain untuk persiapan banjir kerana di daerah ini setiap tahun memang ramai penduduk yang terjejas akibat banjir terutamanya di kawasan pedalaman," katanya.
Jailani berkata lebih lima pusat pemindahan baharu juga telah dibina di kawasan Parlimen tersebut sejak dua tahun melibatkan peruntukkan kira-kira RM200,000 untuk setiap pusat pemindahan.
"Pusat pemindahan baharu ini telah kita bina antaranya di Kampung Kuala Ping, Kampung Padang Setar dan Kampung Nibong yang mana pusat pemindahan lama tidak sesuai dan ada antaranya sebelum ini berpindah di surau dan masjid, jadi kita bina pusat pemindahan baharu untuk penduduk.
"Pusat pemindahan ini dilengkapi dengan kemudahan tandas yang mana pusat pemindahan ini juga dijadikan sebagai kelas untuk menjahit dan dilengkapi ruangan seperti pejabat untuk penduduk gunakan ketika tidak banjir," katanya.
Dalam kunjungan tersebut, Jailani turut menyampaikan sumbangan berupa wang dan barangan dapur. -- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 29 2016
Jailani berkata berkata pihaknya telah mengadakan kerjasama melalui SKMM dengan beberapa persatuan radio amatur dalam usaha melicinkan perjalanan bantuan bencana dan proses menyelamatkan mangsa banjir. - Gambar fail
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Hormati keputusan Jailani letak jawatan, kekalkan perpaduan - Ahmad Razif
Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata keputusan itu adalah hak peribadi Jailani tanpa sebarang paksaan.
Jailani lepas jawatan dalam parti
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Terengganu (2013-2018) lepaskan semua jawatan dalam parti termasuk sebagai Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu yang digalasnya sejak Oktober 2013.
AsiaCyberX, program perintis keselamatan siber dilancarkan
Sedar tentang risiko serangan siber yang semakin menular, satu program dilancarkan hari ini bagi melahirkan pakar keselamatan siber untuk industri ekonomi digital.
Mana-mana pihak berkelayakan boleh mohon lesen perkhidmatan internet
Semua pemegang lesen tertakluk kepada peruntukan dan syarat pelesenan yang terkandung di dalam Peraturan-Peraturan Perlesenan 2000 di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM).
Jangan dedah data peribadi di media sosial - Jailani
Memuat naik salinan kad pengenalan mangsa bencana atau kemalangan mendedahkan pemiliknya kepada risiko penipuan.
Wakil pembangkang sudah banyak diberi peluang untuk ke udara - Jailani Johari
Wakil pembangkang juga sudah diberi peluang untuk muncul di televisyen sama ada milik kerajaan atau swasta.
'Takkan hanya guna telefon sendiri untuk 'block' panggilan?'
Penggunaan telefon sendiri bagi menghalang panggilan-panggilan dan mesej-mesej yang tidak diingini (unsolicited calls and messages) bukan kaedah terbaik bagi melindungi data peribadi.
Pengitaran semula kad SIM membahayakan pengguna - Jailani
Kementerian Komunikasi dan Multimedia kini sedang menjalankan kajian untuk mengekang kegiatan ini.
Pengguna jangan mudah dimanipulasi iklan murah di laman sosial - Jailani
Pengguna di negara ini diingatkan tidak mudah terpengaruh dengan iklan jualan murah yang dipamerkan di laman sosial bagi mengelak menjadi mangsa penipuan siber.
Jangan rujuk 'pakar FB' bagi masalah peribadi, rumahtangga
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari berkata tindakan menggunakan medium seperti itu hanya membuka ruang dan peluang kepada pihak lain untuk mengambil kesempatan.