Tutup

Guna motosikal bapa untuk lumba haram, remaja bawah umur ditahan

Guna motosikal bapa untuk lumba haram, remaja bawah umur ditahan
Antara remaja bawah umur yang didapati terlibat dalam kegiatan lumba haram tersebut. - Foto Astro AWANI
KAJANG: Sudahlah guna motosikal ibu bapa tanpa kebenaran, ditunggang pula untuk perlumba haram.

Itu yang dilakukan sekumpulan remaja bawah umur yang akhirnya diberkas dalam Ops Samseng Jalanan di Lebuhraya Grandsaga Cheras, Kajang, malam Sabtu.

Operasi Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kajang bersama tiga pegawai dan 23 anggota itu turut menyekat seketika kedua-dua hala laluan kumpulan remaja berkenaan.

Operasi bermula jam 9.30 malam tadi berhasil dengan 113 buah motosikal ditahan untuk pemeriksaan.
Selain itu, polis turut melalukan pemeriksaan badan terhadap 123 individu terbabit.

Apabila ditanya mengapa mereka menggunakan motosikal ibu bapa, pelbagai alasan telah diberikan.
“Motosikal ini milik saya sendiri, dibelikan ibu dan bapa saya. Mereka tahu saya keluar pagi ini bersama rakan-rakan saya,” kata salah seorang suspek bawah umur.

Dalam operasi itu, 157 saman dikeluarkan ke atas pelbagai kesalahan, antaranya nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, tidak memiliki lesen pemandu dan mengubah suai kenderaan.

Sebanyak 10 buah motosikal pula disita dan 14 individu turut diarah melakukan ujian saringan air kencing.

Operasi tersebut berakhir pada jam 7 pagi Ahad.





Tag: lumba haram, Ops Samseng Jalanan, Lebuhraya Grandsaga Cheras, remaja bawah umur, motosikal ibu bapa



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.