awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar ucap tahniah kepada PM Jepun, Sanae Takaichi menang pilihan raya
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
EPL: Manchester City bangkit penuh dramatik tumbangkan Liverpool di Anfield
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guna semua simpanan ibu, labur skim emas tidak wujud diperkenal rakan lelaki

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
29/05/2020
03:13 MYT
Guna semua simpanan ibu, labur skim emas tidak wujud diperkenal rakan lelaki
Suspek dikenali sebagai Syed Omar memperdaya mangsa melabur dalam skim pelaburan emas.
Akibat termakan pujuk rayu rakan lelaki baru dikenali 10 bulan lalu, seorang pelajar perempuan menggunakan semua wang simpanan ibunya berjumlah RM86,270 untuk dilaburkan dalam pelaburan emas tidak wujud.
Tindakan mangsa yang berusia 23 tahun itu akhirnya menyebabkan mereka berputih-mata selepas menyedari ditipu lelaki berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa mendakwa suspek dikenali sebagai 'Syed Omar', memintanya melabur dalam pelaburan emas yang kononnya diluluskan oleh Bank Negara pada 2 Mei lalu.
Mangsa pada mulanya enggan melabur tetapi bersetuju selepas dipujuk dan dimaklumkan bahawa wang tersebut akan dipulangkan.
"Mangsa kemudian membuat pemindahan wang RM86,270 dari akaun ibunya secara berperingkat pada 3 hingga 23 Mei lalu ke akaun seorang lelaki yang tidak dikenali," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Mohd Wazir berkata, suspek kemudian masih mendesak mangsa untuk membuat bayaran tambahan menyebabkan dia berasa tertipu seterusnya membuat laporan polis.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Topic Berkaitan
#Bank Negara
#berputih mata
#Kuantan
#Malaysia
#pelaburan emas
#penipuan
#scam
#syed umar
#tidak wujud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan