awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunung Agung: 139 pelajar Malaysia di Bali, 16 lagi pulang

Bernama
Bernama
29/11/2017
16:10 MYT
Gunung Agung: 139 pelajar Malaysia di Bali, 16 lagi pulang
Letusan Gunung Agung dilihat dari Amed, Karangasem Regency, Bali, Indonesia, 29 November, 2017. - REUTERS
Kementerian Pendidikan Tinggi berkata seramai 139 orang pelajar Malaysia masih berada di Bali manakala 16 lagi telah kembali ke Malaysia susulan letusan Gunung Agung di pulau peranginan itu.
Kementerian berkenaan, dalam kenyataan malam ini, berkata kesemua pelajar itu mengikuti program perubatan di Universitas Udayana dan telah berdaftar dengan Education Malaysia (EM) Indonesia.
"Sehingga kini status keberadaan para pelajar yang terlibat adalah selamat memandangkan Gunung Agung berada dalam jarak 61km dari Denpasar, Bali dan mereka masih menjalankan aktiviti-aktiviti harian seperti biasa," menurut kenyataan itu.
Kementerian itu berkata tindakan proaktif telah diambil untuk memastikan kesiapsiagaan EM Indonesia mengaktifkan proses evakuasi sekiranya perlu, melibatkan bantuan logistik kepada para pelajar untuk keluar dari Kepulauan Bali ke kawasan yang selamat seperti Surabaya.
Selain itu keperluan penginapan sewaktu fasa evakuasi, pengecualian kuliah dan keperluan-keperluan lain bagi menjamin keselamatan para pelajar akan turut diberi perhatian, katanya.
Kenyataan itu memaklumkan ia sedang membuat pemantauan rapi dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPM) cawangan Bali dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta melalui Jawatankuasa Keselamatan yang disertai wakil Konsul Kehormat Malaysia di Bali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bali
#Education Malaysia
#evakuasi
#Gunung Agung
#Indonesia
#Kementerian Pendidikan Tinggi
#kesiapsiagaan
#Malaysia
#pelajar
#Universitas Udayana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan