Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Guru besar dipenjara enam bulan salah guna kuasa

Guru besar dipenjara enam bulan salah guna kuasa
Tertuduh sebelum ini mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan alternatif menyalahgunakan kuasa. - Foto SPRM
SANDAKAN: Seorang guru besar dijatuhkan hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Khas Rasuah Sandakan pada Khamis, atas tiga pertuduhan salah guna kuasa.

Hakim, Abdul Bakar Manat turut memerintahkan tertuduh berusia 55 tahun, membayar denda RM3,000 atau tiga bulan penjara bagi setiap pertuduhan jika gagal membayar denda.

Abdul Bakar turut mengarahkan hukuman penjara dijalankan serentak.

Lelaki itu sebelum ini mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan alternatif menyalahgunakan kuasa dengan menggunakan wang Kumpulan Wang Sumbangan Wang Awam (SUWA).
Mengikut kertas pertuduhan, dia dituduh melakukan kesalahan itu antara 2016 dan 2017 dengan masing-masing berjumlah RM6,000, RM5,000 dan RM3,300.

Dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, pada Februari lalu, mahkamah terpaksa menangguhkan keputusan hukuman terhadap tertuduh selepas dia dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan akibat serangan jantung.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Faliq Basiruddin.



Tag: guru besar, penjara, Mahkamah Khas Rasuah Sandakan, salah guna kuasa, Kumpulan Wang Sumbangan Wang Awam, SUWA, Hospital Duchess of Kent Sandakan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.