Selepas enam hari dilaporkan hilang, guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu, Jashiah Rabu, dikatakan pernah beberapa kali meminta makanan daripada penduduk Kampung Orang Asli Buluh Telur di sini.
Anak ketiga mangsa Mohamad Irfan Ruzilan, 20, yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat, berkata beberapa penduduk kampung menyatakan ibunya mengetuk pintu rumah penduduk untuk meminta makanan.
"Mereka kata ibu pernah ketuk pintu rumah pada sebelah malam meminta makanan...malangnya mereka hanya memberikan makanan tetapi tidak tahu ibu sebenarnya hilang dan tidak sihat," katanya kepada pemberita pada Rabu.
Jashiah, 53, kali terakhir dilihat jiran keluar dari rumahnya petang Jumaat lepas, dan apabila suaminya Ruzilan Omar, 57, pulang didapati pintu rumah terbuka dan Jashiah tiada di rumah.
Difahamkan, Jashiah menghala ke kawasan hutan simpan Bukit Kutu selepas keluar daripada rumahnya di Taman Seri Seruling dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain kira-kira 10km.
Mohamad Irfan berkata selepas mengetahui ibunya hilang, dia segera pulang ke rumah pada Ahad lepas.
"Saya sepatutnya mengambil bahagian dalam Karnival Sukan Mahasiswa UiTM di Kedah tetapi saya tarik diri sebab nak cari ibu," katanya.
Beliau berkata sejak ibunya menjalani rawatan kimoterapi Mac lepas akibat barah payudara yang dihidapinya sejak dua tahun lepas, ibunya kelihatan murung dan pernah menghilangkan diri pada Ogos lepas, dan ditemui di Seremban.
"Ibu memang sedikit emosi selepas menjalani rawatan kimoterapi apatah lagi apabila kami adik-beradik masing-masing sudah bekerja dan belajar, dan hanya pulang sekali sekala.
"Ibu pernah hilang sehari dan ditemui di Seremban dengan memandu keretanya," kata Mohamad Irfan yang kali terakhir berbual dengan ibunya menerusi telefon, sehari sebelum Jashiah dilaporkan hilang.
Mohamad Irfan berkata ibunya sudah tidak ke sekolah sejak Mei lepas, dan perkara berkaitan tugasan, guru lain akan datang ke rumah.
"Ibu bertugas di Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu dan tinggal di kuarters bersama ayah yang merupakan pesara tentera...seminggu sekali ibu dan ayah akan pulang ke rumah kami di Taman Seri Seruling," katanya.
Menceritakan mengenai sifat Jashiah, Mohamad Irfan berkata ibunya merupakan seorang yang ceria dan suka berbual serta berkongsi cerita dengan mereka empat beradik.
"Kalau kami balik rumah bawa makanan, ibu kelihatan berselera menjamah makanan yang kami bawa," katanya.
Anak sulung mangsa Mohamad Syahidzul Izuan Ruzilan, 22, pula berkata kali terakhir dia bertemu ibunya sebulan lepas, sebelum bertolak ke Pulau Pangkor, Perak memulakan tugas di tempat baharu.
"Ibu beri saya duit untuk beli barang dan pakaian. Sebelum ini saya bekerja di Kajang dan tinggal di Kajang," katanya.
Seorang penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Zamri yang turut menyertai operasi berkata pada Sabtu lepas, iparnya ada memberikan makanan kepada mangsa.
"Ipar saya kata Jashiah meminta makanan dan kemudian meminta untuk dihantar ke kawasan berhampiran hutan simpan (Bukit Kutu)," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R. Supramaniam berkata lokasi pencarian dibahagikan kepada utara, selatan, timur dan barat.
"Untuk semalam, kita sudah buat pencarian di bahagian utara serta selatan dan hari ini, kita buat pencarian di bahagian timur dan barat.
"Tetapi setakat ini, tiada lagi sebarang petunjuk yang diperoleh. Saksi kejadian ada yang kata mangsa memberitahu ingin ke hutan simpan Bukit Kutu.
"Kita telah kumpulkan maklumat daripada tiga saksi di kawasan sekitar yang dipercayai dapat membantu kita dalam usaha pencarian," katanya.
Beliau berkata kes berkenaan setakat ini, diklasifikasikan sebagai orang hilang dan operasi pencarian masih diteruskan.
Bernama
Thu Oct 29 2015
Jashiah, 53, kali terakhir dilihat jiran keluar dari rumahnya petang Jumaat lepas. - Foto Bernama
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan dI Sabah esok
Sambutan Aidilfitri bertemakan 'Perpaduan Melalui Perayaan' itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Pemergian Joseph Kurup kehilangan besar buat negara - TPM
Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan mendian Joseph Kurup sebagai pemimpin yang sangat baik dan banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah.
Joseph Kurup guru dan sahabat dalam politik - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan mendian Tan Sri Joseph Kurup sebagai seorang yang sangat banyak berjasa bukan hanya kepada pembangunan Sabah malah mediang dianggap seperti mentornya dalam politik.
Inisiatif bekalan air bersih di pedalaman bakal jadi tumpuan sidang DUN Sarawak
Empat agensi air di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang merangka inisiatif bagi memastikan sasaran 100 peratus bekalan air bersih di seluruh Sarawak menjelang 2030 tercapai.
Fenomena 'Alamak Raya Lagi' tarik minat kaum lain bersama raikan Aidilfitri
Lagu 'Alamak Raya Lagi' dendangan kumpulan De Fam terus mencetuskan fenomena apabila sekumpulan gadis berbangsa India turut menjadi tular.
Salleh harap Sabah diberi kuasa autonomi seperti Sarawak
Jelas Datuk Seri Mohd Salleh Mohd Saidisu kritikal membabitkan kesihatan di Sabah akan dapat diselesaikan sekiranya negeri itu diberi kuasa autonomi kesihatan.
Abang Jo kongsi perancangan sarawak di Eropah minggu depan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijemput sebagai ahli panel dalam Forum Teknologi Hidrogen Eropah dan Forum Penyahkarbonan Eropah Tengah di Poland pada 24-25 April ini.
Guru besar mati lemas kereta terhumban dalam sungai
Guru besar sebuah sekolah rendah di Kuala Nerang maut setelah kereta yang dipandunya terbabas ke dalam sungai di Kampung Lama, Tandop di sini, awal pagi tadi.
Guru perlu sabar hadapi cabaran pendidikan
Walaupun ada sesetengah pihak mempersoalkan kononnya guru tidak menjalankan tugas seperti biasa ekoran wabak COVID-19, namun guru-guru perlu bersabar dan terus komited.
Nor Hainei dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 2020
Anugerah itu merupakan penghargaan tertinggi negara kepada guru-guru yang telah mencurahkan khidmat bakti dan jasa yang tidak ternilai dalam mendidik anak bangsa.
Keluarga guru besar mula terima kehilangan Jashiah Rabu
Jashiah kali terakhir dilihat jiran keluar dari rumahnya di Taman Seri Seruling, Kuala Kubu Bharu pada 23 Okt lepas.
Polis guna khidmat pasukan paranormal sebagai ikhtiar cari guru besar hilang
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) akan mengadakan bacaan Yasin di sekitar kawasan pondok yang dipercayai menjadi lokasi terakhir Jashiah Rabu dikesan, esok.
Pencarian Guru Besar hilang tertumpu di sekitar anak sungai - Polis
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) guru besar Sekolah Kebangsaan Tamat Keramat, Jashiah Rabu,53, yang hilang sejak 10 hari lepas ditumpukan di sekitar kawasan anak sungai Kampung Buluh Telur.
Guru Besar hilang ketuk pintu rumah Orang Asli minta makanan - Anak
Anak ketiga mangsa Mohamad Irfan Ruzilan berkata beberapa penduduk kampung menyatakan ibunya mengetuk pintu rumah penduduk untuk meminta makanan.
Sekolah tutup jika jarak penglihatan kurang 500 meter - Mahdzir Khalid
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Guru Besar boleh membuat keputusan menutup sekolah sekiranya jarak penglihatan di bawah 500 meter.