awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru didakwa rotan, sepak pelajar hingga cedera

Astro Awani
Astro Awani
05/11/2018
10:54 MYT
Guru didakwa rotan, sepak pelajar hingga cedera
Seorang guru sejarah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Marang atas empat pertuduhan memukul pelajarnya dengan merotan dan menyepak remaja lelaki berusia 14 tahun. - Foto Reuters
Seorang guru sejarah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Marang atas empat pertuduhan memukul pelajarnya dengan merotan dan menyepak remaja lelaki berusia 14 tahun.
Tertuduh, Ahmad Fakhrurazi Suhaimi, 33, mengangguk faham sebelum mohon dibicarakan.
Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera kepada mangsa dengan merotan dada dan menyepak pinggang remaja tersebut di bilik bacaan Asrama Puteri Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Berangan, Marang, jam 10 malam pada 11 September lalu.
Ahmad Fakhrurazi turut didakwa mengulangi kesalahan sama dengan merotan bahu dan menyepak pinggang mangsa di sekolah sama, jam 10.05 malam pada 11 September lalu.
Tertuduh didakwa merotan dan menyepak punggung serta merotan kepala dan menyepak paha mangsa pada jam 9.30 malam dan 9.35 malam di sekolah dan tarikh sama.
Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 19 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam sejurus pengakuan tidak bersalah direkodkan.
Pendakwaan dijalankan pegawai pendakwa Asisten Superinten Otheman Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#Ahmad Fakhrurazi
#Engku Nurul Ain Engku Muda
#guru
#Kanun Keseksaan
#Mahkamah Majistret
#pelajar
#sekolah
#Seksyen 323
#SMK Pengkalan Berangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan