NATIONAL
Guru koma selepas dijangkiti kuman akibat kencing tikus

Yusri dipercayai dijangkiti ketika menyertai aktiviti berkayak di Sungai Ketil, dekat Baling, 15 Julai lalu. - Foto Astro AWANI
Seorang guru berada dalam keadaan kritikal selepas menjadi mangsa leptospirosis atau dijangkiti kuman akibat kencing tikus.
Yusri Yaacob, 41, dari Bandar Darulaman, Jitra, kini berada dalam keadaan koma dan sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah di sini.
Menurut ibu mangsa, Maznah Ismail, anak sulung dari lapan beradik itu mula mengalami demam dan muntah sejak 29 Julai lalu dan isteri mangsa, Nur Yana Omar, 41, pada mulanya hanya menghantar suaminya ke klinik swasta untuk mengambil ubat demam.
Bagaimanapun, situasi semakin buruk dan Yusri dibawa ke hospital Sultanah Bahiyah di sini pada 2 Ogos lalu untuk pemeriksaan lanjut sebelum dimasukkan ke ICU setelah tidak sedarkan diri.
Dia dipercayai dijangkiti ketika menyertai aktiviti berkayak di Sungai Ketil, dekat Baling, 15 Julai lalu.
Difahamkan seorang lagi guru sekolah terbabit yang menyertai aktiviti itu turut dijangkiti leptospirosis tetapi stabil dan kini dirawat di hospital swasta di Sungai Petani.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami