Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Guru masih belum diarahkan bertugas

Guru masih belum diarahkan bertugas
Kerajaan masih belum mengeluarkan arahan bertugas kepada semua guru seluruh negara berikutan sekolah yang masih ditutup.Gambar hiasan.
PUTRAJAYA : Kerajaan masih belum mengeluarkan arahan bertugas kepada semua guru seluruh negara berikutan sekolah yang masih ditutup.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketika ini hanya Anggota Khidmat Pengurusan (AKP) sahaja diarahkan kembali menjalankan tugas mereka di sekolah.

Bagaimanapun, jika ada guru yang dilihat bertugas di sekolah, perkara itu katanya bukan arahan KPM. 

"Sekolah masih belum dibuka, oleh itu Kementerian pendidikan Malaysia (KPM) masih belum keluarkan arahan untuk guru bertugas setakat hari ini.
"Namun kalau ada guru nak pergi ke sekolah sebab nak tolong guru besar dan sebagainya itu bukan arahan KPM. Yang ada (arahan) hari itu hanyalah Anggota Khidmat Pengurusan (AKP) seperti kerani sebagainya. Mereka termasuk kakitangan awam sudah bertugas tetapi untuk guru belum ada arahan bertugas," katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.



Tag: ismail sabri yaakob, Media, sekolah, kerajaan, pendidikan, Kementerian Pendidikan, guru, keselamatan, menteri, Malaysia, coronavirus, COVID-19



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.